BOLKIAH GARRISON, Friday, 29 May 2026 – In conjunction with Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah, the Ministry of Defence today held a Qurban Ceremony and distributed qurban meat at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison. The annual religious event reflects the Ministry’s commitment towards strengthening, welfare, social responsibility, as well as charitable values within the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
Present at the ceremony and subsequently officiating the distribution of the qurban meat was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also in attendance were members of the Defence Executive Committee, members of the RBAF Executive Committee; officers and personnel of the Ministry of Defence.
A total of 10 buffaloes and 5 goats were sacrificed and distributed to 200 recipients, consisting of Ministry of Defence personnel, military retirees, recent muslim converts, and underprivileged individuals. This year, the total number of sacrificial animals slaughtered throughout all RBAF camps amounted to 37 buffaloes and 9 goats.
This ceremony is an integral part of the Ministry of Defence’s annual initiatives to strengthen the spirit of togetherness, goodwill, and mutual assistance within the Ministry of Defence and RBAF community. The qurban ritual embodies the values of sharing and caring for those in need, ensuring that the blessings and spirit of Aidiladha are shared, in line with the values of Maqasid Syariah, which emphasize the welfare and well-being of the community.









BOLKIAH GARISON, Jumaat, 29 Mei 2026 – Sempena Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah, Kementerian Pertahanan hari ini telah mengadakan Majlis Qurban dan pengagihan daging qurban di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Majlis Keugamaan tahunan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkukuhkan kebajikan, tanggungjawab sosial, serta nilai-nilai pemberian amal di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Hadir di majlis tersebut dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging korban ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan; Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB; Pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kementerian Pertahanan.
Sebanyak 10 ekor kerbau dan 5 ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan kepada 200 penerima, terdiri dari kakitangan Kementerian Pertahanan, pesara tentera, saudara-saudara baru yang telah memeluk agama islam, dan individu yang kurang bernasib baik. Pada tahun ini, jumlah binatang korban yang disembelih di semua Perkhemahan ABDB berjumlah 37 ekor kerbau dan 9 ekor kambing.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan Kementerian Pertahanan untuk mengukuhkan semangat kebersamaan, muhibah dan saling membantu di kalangan Kementerian Pertahanan dan masyarakat ABDB. Ibadah qurban merangkumi nilai berkongsi dan mengambil berat kepada mereka yang memerlukan, memastikan keberkatan dan semangat Aidiladha, selaras dengan nilai Maqasid Syariah yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.