
BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 23 February 2025 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family, has consented to grace Brunei Darussalam’s 41st National Day Celebration Grand Assembly with citizens and residents of the country at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
With the theme ‘Bersatu Mencapai Cita Negara’, Brunei Darussalam’s 41st National Day Celebration began with the national anthem, followed by the Guard of Honour inspection by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The Guard of Honour contingent comprising 412 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF), and a combined band from both the Royal Brunei Armed Forces and Royal Brunei Police Force was led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh as Parade Commander.
The march-past of 11,096 participants, led by the Head of Parade group, comprised seven groups: the National Peace group, Bestari Community group, Public Sector group, Private Sector group, Education Sector group, Civil Association group and the Excellence group.
The Head of Parade group was headed by Yang Mulia Lieutenant Abdul Izz Muqri bin Isa along with 41
personnel from the Training Institute, RBAF carrying the giant-sized national flag of Brunei Darussalam.
Meanwhile, a total of 791 RBAF personnel headed by Yang Mulia Colonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Director of the Directorate of Logistics, Ministry of Defence, joined the march past under the National Peace group.
A total of 81 civilians from the Ministry of Defence also participated in the parade under the under the Public Sector group that consisted of teams from all ministries and government agencies. The team from the Ministry of Defence was represented by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Directors, Senior officers as well as staff from the Ministry of Defence. Additionally, civilians from the Ministry of Defence also participated in the field performances.









KEMENTERIAN PERTAHANAN SERTAI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-41
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Februari 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berserta Ahli-ahli Kerabat Diraja, telah berkenan berangkat ke upacara perhimpunan agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-41 bersama rakyat dan penduduk negara ini di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Dengan tema ‘Bersatu Mencapai Cita Negara’, Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41 tahun ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan dan diikuti dengan pemeriksaan Perbarisan Kehormatan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pasukan Perbarisan Kehormatan diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh melibatkan seramai 412 orang yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PPDB.
Seramai 11,096 peserta telah menyertai perbarisan lalu, dibahagikan kepada tujuh kumpulan iaitu Keamanan Negara, Masyarakat Bestari, Sektor Awam, Sektor Swasta, Sektor Pendidikan, Pergerakan Awam dan Pasukan Cemerlang dan Kepala Perbarisan.
Kumpulan Kepala Perbarisan diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Abdul Izz Muqri bin Isa dengan keramaian 41 anggota daripada Institut Latihan ABDB yang membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang bersaiz besar.
Sementara itu, seramai 791 orang anggota ABDB yang diketuai oleh Yang Mulia Kolonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Pengarah Jabatanarah Logistik, Kementerian Pertahanan menyertai acara perbarisan-lalu dalam kumpulan Keamanan Negara.
Seramai 81 kakitangan awam Kementerian Pertahanan turut menyertai perbarisan lalu dibawah kumpulan Sektor Awam yang terdiri dari gabungan kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Pasukan Kementerian Pertahanan diwakili oleh Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Pertahanan. Selain daripada itu, kakitangan awam Kementerian Pertahanan juga menyertai acara persembahan.