BOLKIAH GARRISON, Friday, 30 June 2023 – The Ministry of Defence held the
Ibadah Korban event in conjunction with
Hari Raya Aidil Adha for the year 1444 Hijrah at the Multi-Purpose Hall, Bolkiah Garrison. 

Present to distribute the sacrificial meats was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Acting Permanent Secretary of Ministry of Defence, Joint Force Commander RBAF, Deputy Permanent Secretaries, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF. 

Also invited as guests were Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Permanent Secretary of the Ministry of Religious Affairs, Ustaz Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, Director of
Pusat Dakwah Islamiah, head of villages and respective Imams from mosques within the nearby vicinity.

The annual
Ibadah Korban event started with
Sayyidul Istigfar, followed by the recital of Asmaul Husna and
Takbir Hari Raya led by religious officers from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The event continued with the distribution of sacrificial meats, which was enliven by
Selawat Tafrijyyah, to 100
Asnaf recipients and residents from Mukim Berakas A. A total of seven buffaloes were sacrificed for this year’s event.

From
Surah At-Tawba (9:60),
Asnaf is identified as eight groups of society to whom zakat should be distributed, namely
faqir, miskin, amil, muallaf, fisabilillah, gharim, ibnu sabil and
riqab. This year’s event aimed to distribute sacrificial meats to as many
Asnafs residing at the nearby vicinity in order to receive blessings and sharing gratitude with those in need. 










KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN 1444 HIJRAH

BOLKIAH GARISON,
Jumaat, 30 Jun 2023 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena Hari Raya Aidil Adha tahun 1444 Hijrah bertempat di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison. 

Hadir bagi menyempurnakan pengagihan daging-daging korban ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Hj Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. 

Turut diundang selaku tetamu jemputan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal-Ehwal Ugama, Ustaz Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, ketua-ketua kampong dan Imam-Imam dari sekitar kawasan berhampiran.

Acara Majlis Ibadah Korban dimulakan dengan Sayyidul Istigfar, diikuti dengan laungan Asmaul Husna dan Takbir Hari Raya yang diketuai oleh pegawai-pegawai agama dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Acara diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban, yang diiringi dengan Selawat Tafrijyyah, kepada seramai 100 penerima yang terdiri daripada asnaf dan penduduk berhampiran di Mukim Berakas A. Sebanyak tujuh ekor kerbau telah dikorbankan pada tahun ini.

Dalam Surah At-Tawba (9:60), Asnaf dikenalpasti sebagai lapan golongan masyarakat yang sepatutnya diagihkan zakat iaitu
faqir,
miskin,
amil,
muallaf,
fisabilillah,
gharim,
ibnu
sabil dan
riqab. Majlis pada tahun ini menyasarkan agihan daging korban kepada seramai mungkin asnaf-asnaf yang menetap di kawasan berhampiran demi meraih keberkatan dan berkongsi kesyukuran dengan mereka  yang memerlukan. ​