
BOLKIAH GARRISON, Friday, 29 April 2022
– The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) organised a
Khatam Al-Qur’an event at all Ministry of Defence and RBAF suraus, including Masjid Pulau Baru-Baru, with the focal event at Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garrison. This event is the highlight of all the
Tadarus Al-Quran events held during the holy month of Ramadhan 1443H.
The
Tadarus Al-Quran activities especially in the month of Ramadhan are able to instil the love of the Al-Qur’an and elevate the recitation of Al-Qur’an among the Ministry of Defence and RBAF personnel while reaping the blessings and rewards during the holy month of Ramadhan.
The event was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF; Acting Permanent Secretary, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF. A similar event was also held among the female officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.



Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison

Surau Ar-Rahmah Perkhemahan Lumut

Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1443H
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 29 April 2022 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an secara serentak di kesemua surau ABDB di keempat-empat daerah termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Majlis ini adalah kemuncak acara-acara Tadarus Al-Quran yang diadakan di sepanjang bulan suci Ramadan 1443H.
Acara bertadarus Al-Quran di bulan Ramadhan khususnya dapat menyemai semangat mencintai Al-Quran dan memartabatkan lagi pembacaan Al-Qur’an dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB sambil meraih pahala dan keberkatan di bulan suci Ramadhan.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap; dan pegawai-pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. Majlis serupa juga diadakan bagi warga pegawai-pegawai dan anggota wanita Kementerian Pertahanan dan ABDB.