RIMBA AIR FORCE BASE, MONDAY, 24 August 2026 – A Gema Marhaban ceremony to mark the 12th night of Dikir Maulud in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) for the Ministry of Defence was held simultaneously at suraus across the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, bases and camps, including Pulau Baru-Baru Mosque with the main focus at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base this evening.
Present at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office, and Minister of Defence II. Also in attendance were Commander of RBAF, Deputy Commander of RBAF, Service Commanders, Deputy Service Commanders, senior officers, officers, and personnel of the Ministry of Defence as well as Village Heads.
The ceremony commenced with Fardu Maghrib prayer led by Yang Mulia Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali, Imam of Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, followed by recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, and a presentation on Sirah Nabawiyah delivered by Yang Mulia Ustaz Mohammad Rif’at Atiyyah bin Haji Anwari, JAMA’AT Religious Officer. The ceremony then continued with Dikir Assalamualaika, followed by Fardu Isya prayer, Dikir Dibaie, Selawat Badriyah and Dikir Marhaban. The ceremony concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.



Surau Al- Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Ad-Difa, Bolkiah Garison

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2BN

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau Al-Hikmah Penanjong

Surau RPD Sungai Akar,

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS GEMA MARHABAN SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM (SAW) TAHUN 1448H/2026M
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 24 Ogos 2026 – Majlis Gema Marhaban bagi menandakan malam ke-12 Dikir Maulud sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi peringkat Kementerian Pertahanan telah diadakan secara serentak di surau-surau garison, pangkalan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba pada malam ini.
Hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan serta ketua-ketua kampung.
Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Penyampaian Sirah Nabawiyah yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rif’at Atiyyah bin Haji Anwari, Pegawai Agama JAMA’AT. Majlis diteruskan dengan Dikir Assalamualaika, diikuti dengan solat Isya’ berjemaah, Dikir Diba’ie, Selawat Badriyah serta Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.