BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 28 June 2023 – The Ministry of Defence this evening held the Malam Takbir event to mark the arrival of Hari Raya ‘Aidil Adha or Hari Raya Haji for the year 1444 Hijrah / 2023 Masihi at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. 


Present at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Acting Permanent Secretary of Ministry of Defence, Joint Force Commander RBAF, Deputy Permanent Secretaries, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.


The event commenced with mass Isya’ Prayers led by Imam Khairol Azmi bin Haji Muhd Salleh followed by the recitations of Surah Al-Fatihah and the Takbir Raya. The event concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.


This is an annual event of the Ministry of Defence to enliven the Hari Raya ‘Aidil Adha celebration across the country with the recital of Takbir and performing act of worships as one of the ways to express gratitude for all the blessings of Allah the Almighty. Similar events were also held simultaneously in all suraus of RBAF garrison, camps and bases including at the Pulau Baru-Baru Mosque.



KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA ‘AIDIL ADHA

BOLKIAH GARISON, Rabu, 28 Jun 2023 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Malam Takbir sempena ketibaan Hari Raya ‘Aidil Adha atau Hari Raya Haji bagi Tahun 1444 Hijrah /2023 Masihi bertempat di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison pada malam ini. 

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Turut hadir adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai serta anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. 


Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah yang diimamkan oleh Imam Khairol Azmi bin Haji Muhd Salleh, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan laungan Takbir Raya. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.


Majlis ini merupakan acara tahunan Kementerian Pertahanan yang diadakan bagi sama-sama menyemarakkan Hari Raya Aidiladha di negara ini dengan memperbanyakkan Takbir serta melakukan ibadah-ibadah sunat sebagai salah satu cara untuk menzahirkan rasa syukur di
atas segala nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Majlis yang sama juga telah diadakan secara serentak di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.