BOLKIAH GARRISON, Friday, 16 February 2024 – The Ministry of Defence held a thanksgiving prayer ceremony in conjunction with His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office’ 50th Birthday Celebration. The ceremonies were held simultaneously throughout all suraus in Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps including Pulau Baru-Baru Mosque with the focal event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.


Present at the ceremony was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF, Permanent Secretary Ministry of Defence, along with the senior leadership as well as staff and personnel of the Ministry of Defence.  


The ceremony began with a mass Fardhu Maghrib prayer followed by the Sunat Hajat prayer, recitation of Surah Yaasin and a Thanksgiving Prayer in conjunction with His Royal Highness the Crown Prince 50th Birthday Celebration led by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The ceremony then concluded with a mass Fardhu Isya’ prayer led by Imam Muhammad Habib ‘Azizi bin Muhammad Ghazali, Imam of Surau Ad-Difa’.​


Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison



Surau Al-Fa’izun Berakas Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei



Surau Al-Barakah, Pengkalan Tentera Udara Diraja Brunei


Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison



Surau Pengiran Ratna Indera, 2nd Bn Perkhemahan Tutong



Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Tutong

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem


Masjid  Kampung Pulau Baru-Baru


Surau Perkhemahan Sungai Akar


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-50 TAHUN ANJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN


BOLKIAH GARISON, Juma’at, 16 Februari 2024 – Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang Ke-50 Tahun telah diselenggarakan oleh Kementerian Pertahanan. Majlis tersebut diadakan secara serentak di seluruh surau di Kementerian Pertahanan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

Hadir di Majlis tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, serta seluruh peringkat kepimpinan dan warga Kementerian Pertahanan.​


Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin, dan ‘Doa Kesyukuran Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang Ke-50 Tahun’ diketuai oleh Yang Mulia Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis kemudian diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah yang dipimpin oleh Imam Muhammad Habib ‘Azizi bin Muhammad Ghazali, Imam Surau Ad-Difa’.​