​BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 15 March 2024– About 750 officers, staff, and personnel of the Ministry of Defence attended a reading of Surah Yassin and
Tahlil Ceremony at the Royal Mausoleum in Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.




The event was held especially for the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah.




Present to lead the delegation was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. 





Also in attendance were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence and senior leaderships.





The reading of Surah Yassin and
Tahlil was led by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), followed by the

Doa Peliharakan Sultan and Brunei Darussalam.

This annual event is part of the ‘Ihya and Ramadhan Outreach Programme’ organised by the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), Ministry of Defence in conjunction with the holy month of Ramadhan to further enrich the blessed month of Ramadan Al-Mubarak while hoping for multiplied rewards through virtuous deeds.








KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASSINDAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA








BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Ramadhan 1445 / 15 Mac 2024 – Seramai 750 pegawai, kakitangan dan anggota Kementerian Pertahanan hadir pada Majlis Membaca Surah Yassin dan Bertahlil pada pagi ini bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan. 


Majlis tersebut adalah khusus bagi paduka-paduka ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah.


Hadir mengetuai rombongan berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. 


Juga hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata DIraja Brunei (ABDB) dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan peringkat kepimpinan.
 


Bacaan Surah Yassin dan Tahlil beramai-ramai telah dipimpin oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) dan diikuti dengan  bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. 


Acara tahunan ini merupakan sebahagian daripada ‘Program Ihya dan Jangkauan Ramadhan’ yang dikendalikan oleh Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Kementerian Pertahanan bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan Al-Mubarak selain mengharapkan ganjaran pahala berlipat ganda dengan amalan berkebajikan.​