
BRUNEI MUARA, Friday, 28 March 2025 – The Ministry of Defence concluded its Ihya’ Ramadhan and Program with the visit by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and the Minister of Defence II along with his delegation to two mosques; Kampong Pudak Mosque and Kampong Pintu Malim Mosque.
At Kampong Pudak Mosque, the event commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar, surah Al-Fatihah, followed by surah Yasin with tahlil and doa. The event was further blessed with the presentation of donations from Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Royal Brunei Navy Welfare Fund to eight asnaf recipients from Kampong Pudak. Additionally, a contribution from the RBAF Infaq Fund was presented to the Acting Imam of Kampong Pudak Mosque by Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and the Minister of Defence II. The event continued with the mass Maghrib prayer and a communal breaking of fast.
The delegation then proceeded to Kampong Pintu Malim Mosque for the mass Isyak prayer, followed by the Sunnat Tarawih and Witir Prayer, and Tadarus Al-Qur’an. A donation from the RBAF Infaq Fund was presented to the Imam of Kampong Pintu Malim Mosque by Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and the Minister of Defence II.
Also joining the delegation were the Yang Mulia Commander of the RBAF, Yang Mulia Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Yang Mulia Deputy Commander of the RBAF and Yang Mulia Acting Commander of the Joint Force Headquarters RBAF.
This Ihya’ Ramadhan and Outreach program is among the religious activities held throughout the blessed month of Ramadhan. This programme plays a vital role in strengthening the bonds of brotherhood, community spirit and engagement between the Ministry of Defence personnel and the local residents.





KEMENTERIAN PERTAHANAN MENUTUP TIRAI PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAN JANGKAUAN 1446H/2025M
BRUNEI MUARA, Jumaat, 28 Mac 2025 – Program Ihya’ Ramadhan dan Jangkauan anjuran Kementerian Pertahanan melabuhkan tirainya dengan kunjungan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II beserta rombongan ke dua buah masjid iaitu Masijd Kampong Pudak dan Masjid Kampong Pintu Malim.
Di Masjid Kampong Pudak, majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan surah Yasin dan tahlil beserta doa. Majlis diserikan lagi dengan penyerahan sumbangan daripada Tabung Kebajikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tabung Kebajikan Tentera Laut Diraja Brunei kepada lapan orang asnaf dari Kampong Pudak. Manakala, sumbangan daripada Tabung Infaq ABDB turut disampaikan kepada Pemangku Imam Masjid Kampong Pudak oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Majlis diteruskan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan bersungkai bersama.
Rombongan kemudiannya bergerak ke Masjid Kampong Pintu Malim bagi menunaikan sembahyanga Fardhu Isyak berjemaah, disusuli dengan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir serta Tadarus Al-Quran. Penyerahan sumbangan daripada Tabung Infaq ABDB kepada Imam Masjid Kampong Pintu Malim turut disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Turut mengiringi rombongan tersebut ialah Yang Mulia Pemerintah ABDB, Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Yang Mulia Timbalan Pemerintah ABDB dan Yang Mulia Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB.
Program Ihya’ Ramadhan dan Jangkauan ini adalah diantara aktiviti-aktiviti keagamaan yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Program ini berperanan dalam mengukuhkan lagi ukhwah silaturrahim dan bermasyarakat di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan penduduk setempat.