
BOLKIAH GARRISON, Monday, 11 March 2024 – The Ministry of Defence commenced a Tadarus Al-Qur’an function in conjunction with the holy month of Ramadhan 1445H simultaneously across all Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the focal event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.
Present at the function were Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, along with the senior leadership and personnel of the Ministry of Defence.
The event began with a mass
Isyak prayer followed by
Sunat Terawih and
Witir prayer, followed by a short presentation of
Tazkirah entitled ‘The benefits of reading the Al- Qur’an’ which was delivered by Ustaz Nur Amin bin Awang Haji Jali from Religious Directorate RBAF. The
Tazkirah emphasised on how the recitation of Al-Qur’an can brings immense blessings. It strengthens our connection with Allah Subhanahu Wa Ta’ala, multiplies our rewards, fosters self-reflection, and invites divine mercy and forgiveness.
The event continued with mass recital of
Surah Al Baqarah and concluded with
Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Pengkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison

Surau Asy-Syuhada, Akademi Pertahanan

Surau Pengiran Ratna Indera, 2nd Bn Perkhemahan Tutong

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Sungai Akar

Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar

Masjid Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MEMULAKAN TADARUS AL-QUR’AN BERSEMPENA BULAN RAMADHAN 1445H
BOLKIAH GARISON, Isnin, 11 Mac 2024 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Qur’an bersempena tibanya bulan suci Ramadhan 1445H secara serentak di seluruh surau Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, serta seluruh peringkat kepimpinan dan warga Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah, Sembahyang Sunat Terawih dan Witir, diikuti dengan Tazkirah ringkas bertajuk
‘Kelebihan Membaca Al-Qur’an’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Nur Amin bin Awang Haji Jali daripada Jabatanarah Agama ABDB. Tazkirah tersebut telah menekankan kebaikan membaca Al-Qur’an dapat membawa rahmat yang amat besar dan ianya jua dapat menguatkan lagi hubungan kita dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, melipatgandakan pahala kita, memupuk muhasabah diri, dan mengundang rahmat serta pengampunan Ilahi.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Surah Al Baqarah beramai-ramai dan diakhiri dengan Doa Pelihara Sultan dan Negara Brunei Darussalam.