BOLKIAH GARRISON, Tuesday 30 August 2016 – Rear Admiral Lai Chung Han, the Chief of Navy, Republic of Singapore Navy (RSN), made separate calls today to Yang Mulia First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence, and Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
During the call with the Deputy Minister of Defence, both sides commended the active bilateral defence relations, with the celebration of 40 years of defence relations between Brunei Darussalam and Singapore. They noted the high level of commitment and trust across all services, and looked forward to continue strengthening the friendship.
Similarly, the call with the Commander of RBAF highlighted the cooperative spirit between the two armed forces, which can be seen in the recently concluded Exercise PELICAN held between the Royal Brunei Navy (RBN) and the Republic of Singapore Navy (RSN), currently in its 35th series. Both sides also recalled the success of past multinational naval exercises, which demonstrated the RBN and the RSN’s mutual trust and confidence, as well as professionalism.
Concurrently, His Excellency Mr. Ng Chee Khern, the Permanent Secretary (Defence Development), Ministry of Defence, Republic of Singapore had a bilateral call with Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, the Permanent Secretary, Ministry of Defence, Brunei Darussalam. Both sides expressed pleasure with the signing of the Memorandum of Understanding (MOU) on Defence Technology Cooperation yesterday and looked forward to the opportunities for exchanges and cooperation in the areas of defence technology and research.
Rear Admiral Lai Chung Han and His Excellency Mr. Ng Chee Khern are on an official visit to Brunei Darussalam, together with His Excellency Dr. Ng Eng Hen, the Minister for Defence, Republic of Singapore, and Lieutenant General Dato Paduka Seri Perry Lim, the Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces, held in conjunction with the 40th anniversary of defence relations.



KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA PERTAHANAN SINGAPURA
BOLKIAH GARISON, Selasa 30 Ogos 2016 – Laksamana Muda Lai Chung Han, Panglima Tentera Laut, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), membuat kunjungan berasingan pada hari ini kepada Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan, dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Semasa kunjungan dengan Timbalan Menteri Pertahanan, kedua-dua pihak memuji hubungan pertahanan dua hala yang aktif, dengan sambutan 40 tahun hubungan pertahanan antara Brunei Darussalam dan Singapura. Mereka mengambil perhatian terhadap tahap komitmen dan kepercayaan yang tinggi yang merentasi semua perkhidmatan, dan memandang ke hadapan untuk terus mengukuhkan persahabatan tersebut.
Kunjungan hormat dengan Pemerintah ABDB juga menekankan semangat kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera, yang boleh dilihat dalam Latihan PELICAN baru-baru ini yang diadakan di antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), kini dalam siri ke-35. Kedua-dua pihak juga teringat kejayaan latihan tentera laut multinasional yang lalu, yang menunjukkan saling mempercayai dan keyakinan, serta profesionalisme di antara TLDB dan RSN.
Pada masa yang sama, Tuan Yang Terutama Ng Chee Khern, Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan), Kementerian Pertahanan, Republik Singapura mengadakan kunjungan dua hala dengan Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua pihak melahirkan rasa gembira dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Kerjasama Teknologi Pertahanan kelmarin dan memandang ke depan kepada peluang untuk pertukaran dan kerjasama dalam bidang teknologi pertahanan dan penyelidikan.
Laksamana Muda Lai Chung Han dan Tuan Yang Terutama Ng Chee Khern sedang menjalankan lawatan rasmi ke Brunei Darussalam, bersama-sama dengan Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan, Republik Singapura, dan Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Perry Lim, Pemerintah Angkatan Tentera, Angkatan Bersenjata Singapura, sempena ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan pertahanan.