BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 7 March 2023 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Nisfu Sya’ban 1444 Hijrah event simultaneously across all Ministry of Defence and RBAF suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the focal event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison. 


Present at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. 


Also present were Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Acting Commander RBAF; Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, senior leaderships, officers and staff of the Ministry of Defence and the RBAF. 


The event began with the mass Fardhu Maghrib prayers, Sunat Hajat Prayers and mass recitations of Surah Yasin thrice. The event continued with a special doa to mark Nisfu Sya’ban and concluded with mass Fardhu Isya’ prayers. 


The event aimed to encourage officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF to heighten their deeds, seek Allah Subhanahu Wata’ala forgiveness and blessings during the night of Nisfu Sya’ban, a night that is full of blessings and prosperity for all Muslims.​





​Surau Ad Difa’, Bolkiah Garison



Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong



Surau Asy-Syuhadah, Akademi Paetahanan ABDB



Surau Asy-Syuja’ah RPK, Penanjong Garison



Masjid Pulau Baru-Baru, BSB​




KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI ADAKAN SAMBUTAN NISFU SYA’BAN 1444 HIJRAH



BOLKIAH GARISON, Selasa, 7 Mac 2023 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Malam Nisfu Sya’ban 1444 Hijrah secara serentak di seluruh surau Kementerian Pertahanan dan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. 


Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. 


Turut hadir adalah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemangku Pemerintah ABDB; Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan, pegawai-pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. 


Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali beramai-ramai. Majlis diikuti dengan doa khas Malam Nisfu Sya’ban dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah. 


Majlis tersebut bertujuan untuk menggalakkan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk meningkatkan amal soleh mereka, memohon keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala pada Malam Nisfu Sya’ban iaitu malam yang penuh keberkatan dan keistimewaan bagi umat Islam seluruhnya.