PULAU BARU-BARU, Monday, 17 April 2023 –
The ongoing Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Outreach and Ihya Ramadhan Programme that have been conducted in all districts throughout the month of Ramadhan continued at Masjid Pulau Baru-Baru (P2B), Brunei-Muara District today.

The event began with a mass
Zohor prayers, followed by the recitation of Tahlil,
Doa Peliharakan Sultan dan Negara, Selawat, Surah Al Asr, Tasbih Kafarrah
and
Doa untuk Kedua Ibu Bapa.

Present at the event were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Acting Permanent Secretary Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretary (Development and Maintenance), Deputy Commander Royal Brunei Land Force (RBLF), Yang Mulia Awang Zaini bin Haji Salleh, Acting Penghulu of Mukim Kota Batu dan Ketua Kampung Pulau Baru-Baru and Kampung Sungai Bunga, senior leadership as well as officers and personnel from the Ministry of Defence and the RBAF, particularly personnel from Third Battalion, RBLF.

Meanwhile, the event later
proceeded at Kampong Batu Marang Mosque where the delegation performed Fardhu ‘Asar prayers led by Yang Mulia Imam Muhammad Sharine Hadiman bin Sahari.

The programme seeks to further strengthen community relations, particularly between RBAF members and local villagers, while increasing worship and piety in hopes of reaping great rewards during this glorious month.

PROGRAM JANGKAUAN DAN IHYA RAMADHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DI MASJID PULAU BARU-BARU

PULAU BARU-BARU, Isnin, 17 April 2023 -
Program Jangkauan dan Ihya Ramadhan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang sedang diungkayahkan secara berterusan di bulan Ramadhan di kesemua daerah diteruskan hari ini di Masjid Pulau Baru-Baru (P2B), Daerah Brunei dan Muara.

Acara tersebut dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Tahlil, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara, Selawat, Surah Al-Asr, Tasbih Kafarrah dan Doa untuk Kedua Ibu Bapa.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan dan Pemeliharaan), Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Awang Zaini bin Haji Salleh, Pemangku Penghulu Mukim Kota Batu dan Ketua Kampung Pulau Baru-Baru dan Kampung Sungai Bunga serta pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. Khususnya anggota-anggota daripada Batalion Ketiga, TDDB.

Sementara itu, acara kemudiannya diteruskan di Masjid Kampong Batu Marang di mana para jemaah menunaikan Sembahyang Fardhu ‘Asar yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Muhammad Sharine Hadiman bin Sahari.

Program tersebut bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan terutama sekali diantara anggota-anggota ABDB dan penduduk kampung di samping meningkatkan lagi ibadah serta ketaqwaan bagi meraih ganjaran yang besar di bulan yang mulia ini.​