
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 12 July 2022 – In conjunction with Hari Raya Aidiladha 1443 Hijrah celebrations, the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Qurbani or Korban event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah
Garrison. Similar events were also held at all suraus in RBAF garrisons, camps and bases, including Masjid Pulau Baru-Baru.
Present to distribute the sacrificial meats was Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak Bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence. Also present were Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces; Acting Permanent Secretary, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, Officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.
The annual Korban event included a tazkirah titled ‘Pengorbanan Yang Diredhai Allah’ delivered by Ustaz Muhd Nur Amin bin Haji Jali, Religious Teacher from RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The event continued with the distribution of the sacrificial meats to asnaf recipients and residents from Mukim Berakas A. At Bolkiah Garrison, a total of ten buffaloes, one cow and three goats were sacrificed this year.




Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison

Akademi Pertahanan, ABDB
KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN 1443 HIJRAH
BOLKIAH GARISON, Selasa, 12 Julai 2022 – Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun 1443 Hijrah, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bertempat di Surau Ad-Difa, Bolkiah Garison. Majlis yang serupa turut diadakan secara serentak di seluruh surau di garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB, termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Hadir bagi menyempurnakan pengagihan daging korban ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan. Turut hadir, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pemangku Setiausaha Tetap, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai, Anggota-Anggota Tentera dan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis Ibadah Korban telah diisikan dengan tazkirah bertajuk ‘Pengorbanan Yang Diredhai Allah’ yang disampaikan oleh Ustaz Muhd Nur Amin bin Haji Jali, Guru Ugama dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diikuti dengan pengagihan daging korban kepada penerima asnaf termasuk penduduk dari Mukim Berakas A. Sebanyak sepuluh ekor kerbau, seekor lembu dan tiga ekor kambing telah dijadikan binatang korban di Bolkiah Garison pada tahun ini.