PENANJONG GARRISON, Friday, 21 April 2023
– The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) celebrated the beginning of the month of Syawal 1444H with the recital of Takbir Raya at Al-Hikmah Surau, Penanjong Garrison tonight.
Present was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, Acting Permanent Secretary, Deputy Permanent Secretaries, Deputy Services Commanders, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.
The event began with a mass Fardhu Isyak prayer led by Imam Mohamad Syazwan bin Mohamad Nazmi, Imam of Al-Hikmah Surau. The event continued with tazkirah presented by 1123 Captain Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli, officer from RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), followed by Takbir and the recitation of Doa.
Similar events were also held at all suraus in RBAF garrisons, camps and bases, including the Pulau Baru-Baru Mosque.



KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN TAKBIR RAYA AIDILFITRI
1444H/2023M
PENANJONG GARISON,
Friday, 21 April 2023
– Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyambut kedatangan bulan Syawal 1444H dengan laungan Takbir Raya bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison malam ini.
Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, pegawai-pegawai dan anggota-anggota tentera serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis bermula dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah dipimpin oleh Imam Mohamad Syazwan bin Mohamad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah. Majlis kemudian diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Kapten Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli, Pegawai Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) diikuti dengan laungan Takbir dan bacaan Doa.
Majlis yang serupa turut diadakan secara serentak di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.