BOLKIAH GARRISON, THURSDAY, 20 April 2023 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Outreach and Ihya Ramadhan Programme conducted throughout the holy month of Ramadhan for the year 1444H concluded today with a Khatam Al-Quran and Iftar event at all RBAF suraus at all Districts, including Masjid Pulau Baru-Baru, with the focal event held at Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garrison.


Present at Surau Ad-Difa’ for the event were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF, Acting Permanent Secretary at Ministry of Defence, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

The event marked the conclusion of several events held by the Ministry of Defence and RBAF to honour the holy month of Ramadhan, including donations to orphans, cemetery cleaning campaigns, religious talks and mass prayers.



Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison

Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan
Tutong


​Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison

Surau Asy-Syuhada, Akademi Pertahanan ABDB 


Surau Asy-Syuja’ah, RPK Penanjong Garison 


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
MENGANJURKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA

 


BOLKIAH GARISON, KHAMIS, 20 April 2023 – Penutup Program Jangkauan dan Ihya Ramadhan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sepanjang bulan suci Ramadhan tahun 1444H disemarakkan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa yang diadakan secara serentak hari ini di kesemua surau ABDB di kesemua Daerah termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.


Hadir di Surau Ad-Difa’ bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. 


Majlis tersebut merupakan acara penutup bagi aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Kementerian Pertahanan dan ABDB bagi menyemarakkan bulan suci Ramadhan tahun ini termasuk majlis-majlis sumbangan derma kepada anak yatim, kempen kebersihan di tanah perkuburan orang-orang Islam, ceramah keagamaan dan solat berjemaah.​