BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 08 April 2022 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Surah Yaasin and Tahlil event for the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam; Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni  Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah at the Royal Mausoleum. 

The event was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence; senior leadership as well as officers and personnel from Ministry of Defence and the RBAF. The recitation of Surah Yaasin and Tahlil was led by Major Ariffin bin Amit @ Hamid from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). 

The annual Surah Yaasin and Tahlil recitation was held as part of Ministry of Defence Ihya Ramadhan programme as well as other religious activities in the holy month of Ramadhan. Similar events were also held today at all RBAF suraus and Masjid Pulau Baru-Baru. 


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 08 April 2022 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil yang berlangsung di Kubah Makam Diraja khusus bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah.

Turut hadir menyertai rombongan Kementerian Pertahanan dan ABDB ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; peringkat kepimpinan serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil beramai-ramai dipimpin oleh Mejar Ariffin bin Amit @ Hamid dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). 

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil tahunan ini adalah sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan Kementerian Pertahanan dan kegiatan-kegiatan keugamaan di bulan suci Ramadhan. Majlis yang serupa juga turut diadakan di kesemua surau ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru pada hari ini.