
KUALA LUMPUR, Tuesday, 29 March 2022 – The Putrajaya Forum convenes today during the second day of the 17th Defence Services Asia (DSA) exhibition at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, attended the Putrajaya Forum 2022 which had the theme of “Shared Regional Responsibility” and was
officiated by the Honourable Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Senior Defence Minister of Malaysia.
The forum draws participation from various defence and security agencies, think tanks and academics, where ideas were shared to promote understanding on regional and international defence and security issues as well as the possibilities of broadening security cooperation. The forum also highlighted the adaptation to new security realities in the development of civil-military cooperation as well as the paradigm shifts of social media and its effect on wars and conflicts.
Also in attendance during the forum were His Excellency Brigadier General (Retired) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, the High Commissioner of Brunei Darussalam to Malaysia; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF); as well as senior officers from the Ministry of Defence (MINDEF) and RBAF.
Prior to attending the Putrajaya Forum, Yang Berhormat Minister of Defence II held a bilateral meeting over breakfast with His Excellency Dr Ng Eng Hen, Republic of Singapore’s Minister of Defence.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua semasa perjumpaan dua hala
dengan Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen,
Menteri Pertahanan Republik Singapura

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua bersama Rombongan
selepas perjumpaan dua hala dengan Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen,
Menteri Pertahanan Republik Singapura
DELEGASI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI FORUM PUTRAJAYA 2022
KUALA LUMPUR, Selasa, 29 Mac 2022 – Forum Putrajaya bersidang hari ini pada hari kedua pameran
Defence Services Asia (DSA) kali ke-17 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, menghadiri Forum Putrajaya 2022 yang bertema “Shared Regional Responsibility” dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia.
Forum berkenaan juga telah disertai oleh pegawai-pegawai dari agensi-agensi pertahanan dan sekuriti,
think tanks dan akademia, di mana pengetahuan telah dikongsikan untuk meningkatkan kefahaman mengenai isu-isu pertahanan dan sekuriti tempatan dan antarabangsa serta potensi untuk meluaskan kerjasama keselamatan. Forum ini juga menggariskan kepentingan adaptasi kepada realiti sekuriti semasa dalam pembangunan kerjasama awam dan tentera serta anjakan paradigma media sosial dan kesannya terhadap peperangan dan konflik.
Turut sama menghadiri acara tersebut ialah Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia; Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi Bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Sebelum menghadiri Forum Putrajaya, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua telah mengadakan perjumpaan dua hala semasa sesi sarapan pagi dengan Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura.