REPUBLIC OF SINGAPORE, Sunday 4 June 2017 – The 16th IISS Shangri-La Dialogue took place from 2 to 4 June 2017 at the Shangri-La Hotel, Singapore.

The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) were represented at the Dialogue by Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, the Director of Intelligence, and a staff officer from the Ministry.

Delivering a keynote address at the welcoming dinner was the Prime Minister of Australia, Malcolm Turnbull in which he urged for unity of purpose and called for rules-based regional order, for greater economic integration, and to embrace the opportunities and vulnerabilities of the digital age.

On the sidelines of the Dialogue, the Permanent Secretary made a courtesy call on Mr. Chan Yeng Kit, Permanent Secretary (Defence), Ministry of Defence of Singapore. During the call, both sides reaffirmed the close and longstanding bilateral defence relations between both countries and looked forward to the next Defence Policy Dialogue that will be held at the end of the year in Singapore.

A separate bilateral meeting was also held with Mr. Peter Watkins, Director General Security Policy, Ministry of Defence, United Kingdom. Both sides acknowledged the strong and longstanding relations between the two countries particularly in the areas of defence which has been fostered through the exchange of visits, military exercises, courses and training.

The dialogue this year discussed on security issues in the Asia-Pacific region including on maritime security, rebalancing of powers, upholding rules-based order, terrorism, nuclear dangers and cyber threats.

Since its inception in 2002, the annual event has grown to become Asia’s premier defence summit and continues to build confidence and foster practical security cooperation, by facilitating open communication among the region’s most important defence and security policymakers.  



Courtesy call on Mr. Chan Yeng Kit, Permanent Secretary (Defence), Ministry of Defence Singapore


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENGHADIRI 16TH IISS SHANGRI-LA DIALOGUE


REPUBLIC SINGAPURA, Ahad 4 Jun 2017 – IISS Shangri-La Dialogue Ke-16 telah berlangsung dari 2 hingga 4 Jun 2017 di Hotel Shangri-La, Singapura. Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) diwakili dalam Dialog ini oleh Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan juga oleh Pengarah Perisikan dan seorang pegawai turus.

Pada majlis makan malam Dialog ini, Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull telah menyampaikan ucaptama di mana beliau menekankan kepentingan untuk mempunyai kesatuan matlamat untuk menguatkuasakan rules-based order, meningkatkan integrasi ekonomi, dan bersedia untuk memasuki era digital.

Semasa Dialog tersebut, Setiausaha Tetap telah mengadakan kunjungan hormat kepada Chan Yeng Kit, Permanent Secretary (Defence), Kementerian Pertahanan Singapura. Pada kunjungan tersebut, kedua-dua pihak merakamkan kegembiraan dengan hubungan pertahanan dan persahabatan yang rapat dan sekian lama di antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura dan seterusnya manyambut baik acara Defence Policy Dialogue yang akan diadakan pada akhir tahun ini di Singapura.

Kepten (Bersara) Abd Rahman juga telah mengadakan perjumpaan dengan Peter Watkins, Director General Security Policy, Kementerian Pertahanan United Kingdom. Kedua-dua pihak menggariskan kepentingan hubungan antara kedua-dua negara masing-masing terutamanya dalam bidang pertahanan yang telah dipertingkatkan melalui pertukaran lawatan, eksesais tentera, kursus-kursus, dan latihan. 

Dialog tahun ini banyak membincangkan isu-isu sekuriti di rantau Asia-Pasifik termasuk keselematan maritim, pengimbangan kuasa, menguatkuasakan rules-based order, terrorisme, kebahayaan senjata nuklear, dan ancaman siber. 

Sejak penubuhannya pada tahun 2002, acara tahunan ini telah berkembang menjadi satu acara pertahanan yang berkemuka di Asia dan terus digunakan sebagai satu platform untuk berkomunikasi terbuka bagi membina keyakinan dan meningkatkan lagi kerjasama secara praktikal di antara pihak-pihak yang membuat dasar pertahanan dan keselamatan.