BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 22 July 2018
– His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to grace the “Riadah Berbasikal Keputeraan 2018” or Royal Birthday Recreational Cycling 2018, which was held in conjunction with His Majesty’s 72nd Birthday Celebration.




Joining His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and other members of the Royal family. 

A pre-dawn Tazkirah titled “Mahabbah Melalui Doa” was delivered by Haji Awang Mohd Raimi bin Awang Tengah from State Mufti’s Office of the Prime Minister’s Office at the Omar ‘Ali Saifuddien Mosque during the “Masjidku Makmur, Negara Berkat” segment of the day’s activities.

The Royal Birthday Recreational Cycling received positive response from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), where a total of 654 personnel, including their families, participated in the event. Leading the participants from the Ministry and RBAF was the Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. 




In addition to marking His Majesty’s 72nd birthday celebration, the event also provided an avenue for people from all walks of life to interact with His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, and also to encourage a healthy lifestyle and to foster national unity through the involvement of the community. 




The cycling event will also include a line-up of various activities at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, including the 50-Year Special Olympics: Talent Identification (TID), military training programme, archery, paintball, an exhibition organised by the Special Education Unit, and others.




With a display of great enthusiasm, the Ministry of Defence and RBAF also featured a new type of activity, bicycle polo. This combines the traditional polo which His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam enjoys, with the aerobic workout of cycling that is recognised as Brunei’s national hobby. 




The event was jointly organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports, Ministry of Home Affairs, Ministry of Development, Ministry of Religious Affairs, Ministry of Health and the Brunei Darussalam Cycling Federation, with the involvement of other ministries including the Ministry of Defence. 































KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2018 (RBK 2018)





BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Julai 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2018 yang bersempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-72 tahun.




Turut hadir ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan ahli-ahli kerabat Diraja bagi memeriahkan aktiviti sihat itu.

Acara pagi itu dimulakan dengan penyampaian tazkirah subuh yang bertajuk “Mahabbah Melalui Doa” oleh Haji Awang Mohamad Raimi bin Awang Tengah, Pegawai Istinbat Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), semasa Program ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’, di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.




Riadah Berbasikal Keputeraan 2018 telah menerima sambutan positif dati Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), di mana seramai 654 anggota termasuk keluarga, mengambil bahagian dalam acara meriah itu. Mengetuai warga Kementerian Pertahanan dan ABDB dalam acara ini adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.




Acara ini mengambil sukut baik Sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-72 tahun dan juga memberi kesempatan kepada penduduk yang terdiri daripada kanak-kanak hingga warga emas untuk beramah mesra bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, dan juga menggalakkan gaya hidup sukan aktif serta memantapkan perpaduan menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh yang menjurus kepada perwujudan warga sihat.




Riadah berkenaan juga terdapat pelbagai aktiviti menarik turut disusun seperti aktiviti sempena 50 tahun Special Olympics: Talent Identification (TID), aktiviti latihan ketenteraan, paintball dan memanah, pameran dan aktiviti Unit Pendidikan Khas, dan sebagainya.




Dengan mempamerkan semangat yang kuat, Kementerian Pertahanan dan ABDB juga memaparkan satu aktiviti yang baru iaitu polo basikal. Ini menggabungkan polo tradisional yang sangat digemari oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, dengan latihan aerobik berbasikal yang dikenali sebagai hobi kebangsaan Negara Brunei Darussalam. 




Acara riadah ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan dan Persekutuan Basikal Brunei Darussalam, serta penglibatan semua kementerian yang lain termasuk Kementerian Pertahanan.