BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 24 February 2019 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to participate in the cycling event “Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2019” at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in Bandar Seri Begawan.

Also present were other members of the Royal family.

Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2019 was held in conjunction with the 35th National Day celebration which aimed to cultivate a sporting culture in the nation to develop and maintain healthy citizens, and strengthen national unity through community involvement as a whole. 

Among the participants were 685 personnel from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) including their families, led by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.

Also present were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF; Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, and Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretaries of the Ministry of Defence. Also in attendance were all Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries and senior officers and staff from the Ministry of Defence and RBAF.

The recreational event was held during the Bandarku Ceria Programme begins with a religious programme ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’ at the Omar’ Ali Saifuddien Mosque. Today’s tazkirah was ‘Menjayakan Wawasan Negara Dengan Petunjuk Allah’.

The Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2018 route covered a distance of 11.5 kilometre, passing several main roads in the Brunei Muara District.

A number of side events were also held on the side, including on-field performances which was organised by other government agencies also with other private sector. The Ministry of Defence and RBAF also organised ‘Bicycle Polo’, which was open to public for free.

The program was organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports in order to brighten and enliven the 35th National Day celebration.



KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI RIADAH BERBASIKAL SEMANGAT KEBANGSAAN 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 Februari 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli bagi menyertai acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2019 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.

Turut berangkat ialah ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain.

Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35 yang bertujuan antara lain ke arah pembentukan budaya sukan yang menjurus kepada pewujudan warga sihat, dan pemantapan perpaduan menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh.

Seramai 685 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Turut serta ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri  Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB; Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, dan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Juga hadir Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Acara riadah Bandarku Ceria dimulakan dengan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat. Hari ini membawa tazkirah bertajuk ‘Menjayakan Wawasan Negara Dengan Petunjuk Allah”.

Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2019 mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh hampir 11.5 kilometer.

Selepas riadah berbasikal, beberapa acara sampingan juga diadakan termasuk persembahan padang yang dikendalikan oleh beberapa agensi Kerajaan yang lain berserta pihak swasta. Manakala Kementerian Pertahanan dan ABDB mengadakan aktiviti ‘Bicycle Polo’ yang dibukakan secara percuma untuk orang ramai.

Program ini adalah anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi menyemarakkan lagi dan memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35 bagi tahun 2019.