BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 25 February 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to participate in the mass cycling event “Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2018” at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in Bandar Seri Begawan.
Also present were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and other members of the Royal family.
Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2018 was held in conjunction with the 34th National Day 2018 celebration which aims to cultivate a sporting culture in the nation to develop and maintain healthy citizens, and strengthen national unity through community involvement as a whole.
Among the participating cyclists were 672 personnel from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) including their families, led by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.
Also taking part were Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries and senior officers and staff from the Ministry of Defence and RBAF.
The recreational event was held during the Bandarku Ceria Programme which is usually on Sundays, that normally begins with a religious programme ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’ at the Omar’ Ali Saifuddien Mosque.
The Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2018 route covered a distance of 12-kilometre, passing several main roads in the Brunei Muara District namely Jalan Pretty, Jalan Elizabeth 2, Jalan Masjid Omar Ali Saifuddien, Jalan Kianggeh, Jalan Simpang, Jalan Sekolah, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Gadong, Jalan Perdana Menteri and Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. The activity ended at the Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
A number of side events were also held on the side, including on-field performances, children’s football clinic, martial arts clinic, a mass tai chi exercise, and an opportunity to mingle with Brunei DPMM FC Football Team. The Ministry of Defence and RBAF also organised a Military Individual Fitness Assessment (IFA), Crossfit Training and children’s activities.
The program was organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports in collaboration with the Ministry of Home Affairs; the Ministry of Religious Affairs and the Ministry of Health as well as the involvement of all other ministries and Brunei Darussalam Cycling Federation.

KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI RIADAH BERBASIKAL SEMANGAT KEBANGSAAN 2018
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 25 Februari 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2018 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.
Turut hadir ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan ahli-ahli Kerabat Diraja.
Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34, Tahun 2018 yang bertujuan antara lain ke arah pembentukan budaya sukan yang menjurus kepada pewujudan warga sihat, dan pemantapan perpaduan menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh.
Antara peserta pengayuh basikal ialah 672 anggota Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), bersama keluarga, yang diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.
Juga turut serta ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Kementerian Pertahanan and ABDB.
Acara riadah itu diadakan sewaktu Program Bandarku Ceria yang lazimnya dimulakan dengan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat.
Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2018 mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh hampir 12 kilometer dan melintasi jalan-jalan utama, antaranya Jalan Pretty; Jalan Elizabeth 2; Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien; Jalan Kianggeh; Jalan Sekolah; Jalan Kumbang Pasang; Jalan Gadong; Jalan Perdana Menteri; Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Selepas riadah berbasikal, beberapa acara sampingan juga diadakan termasuk persembahan padang, klinik bola sepak untuk kanak-kanak, klinik silat, acara tai chi beramai-ramai, dan peluang beramah mesra dengan Pasukan Bola Sepak Brunei DPMM FC. Manakala Kementerian Pertahanan dan ABDB telah mengadakan Individual Fitness Assessment (IFA) Tentera, Crossfit Training dan aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak.
Program ini adalah anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kesihatan serta penglibatan semua kementerian yang lain serta Persekutuan Basikal Brunei Darussalam.