BOLKIAH GARRISON, Friday, 5 October 2018 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) once again organised its monthly series of special dawn lectures or “Kuliah Subuh” for the month of October.

The talk was delivered by Ustaz Mohd Yusof bin Haji Majid, Religious Officer from the Ministry of Religious Affairs, who spoke about spiritual values and the proper way to perform prayers to Allah SWT. It took place today at the Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.Present as Guest of Honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence.

The ceremony began with the mass Subuh prayer, followed by the religious talk titled “Hati Buta Doa Tak Terkabul” where Ustaz Mohd Yusof highlighted the importance of prayers to Allah SWT in a state of cleanliness from all vices and sins, which is the requirement of prayer request to be accepted by Allah SWT.

The event was also attended by special guests comprising senior officials from the Ministry of Religious Affairs headed by Dato Seri Setia Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Permanent Secretary of Ministry of Religious Affairs. Also in attendance were First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Acting Commander of the RBAF, Permanent Secretaries of the Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, senior officers, and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

In ensuring that correct practices and teachings of Islam are being shared, the religious talk is also an effort by the Ministry of Defence in moving together towards strengthening nationwide religious cooperation among the religious entities in the Ministry of Defence with other religious organisations and other uniformed departments.

The Kuliah Subuh talks were also held concurrently throughout all the suraus in the RBAF Garrisons and Camps.

PHOTO-2018-10-06-07-00-34.jpg





KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENGANJURKAN SESI KULIAH SUBUH BULAN OKTOBER

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 5 Oktober 2018 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan lagi sesi bulanan ceramah kuliah subuh untuk bulan Oktober 2018 pada hari ini.

Kuliah subuh ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof bin Haji Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang menggariskan nilai-nilai kerohanian serta adab-adab permohonan dan doa ke hadrat Allah SWT. Acara ini diadakan bertempat di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison pada hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang fardhu suboh berjemaah, diikuti dengan kuliah subuh dengan ceramah bertajuk “Hati Buta, Doa Tak Terkabul”, di mana Ustaz Mohd Yusof mengingatkan akan kepentingan bermohon dan berdoa kepada Allah SWT dengan hati yang khusyuk dan keadaan diri yang bersih dari segala maksiat dan dosa yang mana hal berkenaan adalah merupakan satu syarat permohonan doa seseorang itu bakal terkabul dan diterima oleh Allah SWT.

Acara dihadiri oleh tetamu khas yang terdiri daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diketuai oleh Dato Seri Setia Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut hadir juga ialah Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemangku Pemerintah ABDB, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Dalam memastikan bahawa amalan dan ajaran Islam yang betul dikongsi, ceramah pagi ini juga merupakan salah satu usaha Kementerian Pertahanan ke arah mengukuhkan kerjasama keagamaan keseluruhan negara di kalangan entiti keagamaan di Kementerian Pertahanan dengan organisasi Agama lain dan jabatan berseragam yang lain.

Sesi kuliah subuh ini juga diadakan serentak di seluruh surau Garison dan Perkhemahan ABDB.