BOLKIAH GARRISON, Friday, 7 December 2018 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) once again organised its monthly series of special dawn lectures or “Kuliah Subuh”. For the month of December, the talk was delivered by Captain Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Operations Officer, Religious Department RBAF at the Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.

Present with the personnel of MINDEF and RBAF was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence.

The ceremony began with the mass Subuh prayer, followed by the religious talk titled
“Nikmat Masa, Satu Perhitungan dan Muhasabah Diri” in which the speaker highlighted  the value of time and to self-reflect on how well we spent it on ibadah.

The event was also attended by special guests comprising senior officials from the Ministry of Home Affairs headed by Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Permanent Secretary (Safety, Welfare and Law), Awang Abdul Walid Bin Haji Matassan, Acting Permanent Secretary (Municipal and District), and Awang Ajman bin Haji Meludin, Deputy Permanent Secretary (Security and Welfare). Also in attendance were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretary, senior officers, and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.  Also joining the event was the first Head of Religious Department RBAF, Leftenan Kolonel (U) Haji Abdur Rahim bin Haji Abd Karim. 

The religious talk is also an effort by the Ministry of Defence in moving together towards strengthening nationwide religious cooperation among the entities in the Ministry of Defence with other organisations.

The Kuliah Subuh talks were also held concurrently throughout all the suraus in the RBAF Garrisons and Camps.



KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENGANJURKAN SESI KULIAH SUBUH BULAN DISEMBER

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 7 Disember 2018 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan lagi sesi bulanan ceramah kuliah subuh pada hari ini. Bagi bulan Disember, kuliah subuh ini telah disampaikan oleh Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Pegawai Operasi, JAMA’AT di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang fardhu suboh berjemaah, diikuti dengan kuliah subuh dengan ceramah bertajuk “Nikmat Masa, Satu Hitungan dan Muhasabah Diri”, di mana penceramah yang menggariskan tentang nilai masa serta bermuhasabah diri tentang sebaik mana masa itu digunakan untuk beribadah.

Acara dihadiri oleh tetamu khas yang terdiri daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diketuai oleh Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Awang Abdul Walid Bin Haji Matassan, Pemangku Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), dan Awang Ajman bin Haji Meludin, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan). Turut hadir juga ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. Ketua JAMA’AT yang pertama, Leftenan Kolonel (U) Haji Abdur Rahim bin Haji Karim juga sertai ceramah tersebut.

Ceramah pagi ini juga merupakan salah satu usaha Kementerian Pertahanan ke arah mengukuhkan kerjasama keagamaan keseluruhan negara di kalangan entiti di Kementerian Pertahanan dengan organisasi dan jabatan lain.

Sesi kuliah subuh ini juga diadakan serentak di seluruh surau Garison dan Perkhemahan ABDB.