BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 12 August 2018 – To celebrate His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 72nd birthday anniversary, the Brunei Darussalam Regatta 2018 was held at the Brunei River in Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

The highlight of the event was the participation of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in one of the race events. Also participating in the race were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and other members of the Royal family.

Twelve boat race categories were contested altogether at the Regatta whereby personnel from the Ministry of Defence (MINDEF) and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in three open categories and one category between ministries representing the Ministry of Defence. Out of the participated events, MINDEF and RBAF recorded achievements in the following categories:

  • 1st place in 25-Rowers Traditional Boat Race Between Ministries Category
  • 2nd place in 30-Rowers Traditional Boat Race Open Category
  • 2nd place in 30-Rowers Traditional Boat Race Marathon
  • 3rd place in 125-Rowers Traditional Boat Race Open Category

Meanwhile, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence was part of the Ministers and Deputy Ministers Team that competed in the 15-Rowers Fibreglass Special Boat Race category.

Participation in the regatta also included teams from the diplomatic corps within the country, members of the public, private sectors, as well as international teams.

KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENYERTAI KEMERIAHAN LUMBA PERAHU ACARA REGATA BRUNEI DARUSSALAM

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Ogos 2018 – Regata Brunei Darussalam 2018 bersempena Sambutan Perayaan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-72 tahun telah diadakan di Sungai Brunei bertempat di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyerikan lagi acara tersebut apabila Baginda berkenan mengetuai pasukan baginda dalam satu acara perlumbaan. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan yang mana warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengambil bahagian dalam tiga kategori terbuka dan satu kategori antara kementerian bagi mewakili Kementerian Pertahanan. Dari acara yang disertai, Kementerian Pertahanan dan ABDB telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam acara-acara berikut:

Tempat pertama dalam Lumba Perahu Tradisi 25 Pekayuh Antara Kementerian

  • Tempat kedua Lumba Perahu Tradisi 30 Pekayuh Terbuka  
  • Tempat kedua Lumba Perahu Tradisi 30 Pekayuh Marathon  
  • Tempat ketiga dalam Lumba Perahu Tradisi  25 Pekayuh Terbuka

Sementara itu, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua mengambil bahagian di Pasukan Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri yang bertanding dalam Lumba Perahu Fiberglass Acara Khas 15 Pekayuh.

Penyertaan dalam Regata Brunei Darussalam itu juga termasuk pasukan-pasukan kedutaan-kedutaan asing di negara ini, orang awam, sektor swasta, serta pasukan dari negara-negara dari kepulauan Borneo dan antarabangsa.