
BOLKIAH GARRISON, Sunday, 1 May 2022 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Takbir Raya Aidilfitri to celebrate the beginning of Hari Raya Aidilfitri in the month of Syawal 1443H at all Ministry of Defence and RBAF suraus, including Masjid Pulau Baru-Baru, with the focal event held at Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garrison.
The event which marks the achievement after a month-long fasting during Ramadan in the service of Allah Subhanahu Wa Ta’ala was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, RBAF Commander; Acting Permanent Secretary, officers and personnel of the Ministry of Defence as well as RBAF. The function began with Fardhu Isya’ and concluded with the
takbir.


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB
MENGADAKAN TAKBIR RAYA AIDILFITRI 1443 HIJRAH
BOLKIAH GARISON, Ahad, 1 Mei 2022 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Takbir Raya Aidilfitri bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal 1443H secara serentak di seluruh Surau Kementerian Pertahanan dan ABDB, termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Majlis bagi menandakan kemenangan seluruh umat Islam setelah mengharungi cabaran dan dugaan melaksanakan ibadah di bulan suci Ramadhan itu turut dihadiri dan sama-sama melaungkan takbir raya oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai serta anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah, diikuti
dengan laungan takbir beramai-ramai.