MUARA, Monday, 26 April 2022– The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) resumes its Ihya Ramadan and Outreach Programme at Masjid Setia Ali, Pekan Muara organised by the Royal Brunei Navy (RBN).


Present at the mosque to attend the programme, which include
Fardhu Subuh prayers and a
Tadarus Al-Quran, were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; First Admiral Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, RBN Commander; and officers and personnel of the Ministry of Defence and the RBAF. The event included a presentation of infaq (donations) including the RBAF Diamond Jubilee Mushaf Al-Quran and donations to the Mosque Committee. 


Prior to that, the delegation attended the Royal Brunei Navy (RBN)
Qiyamullail programme at Surau Al-Huda, Muara Naval Base that concluded with a
sahur session. 


The programme hopes to build stronger bonds with the village community as well as to collectively reap the blessings and barakah of the holy month of Ramadan.



ROMBONGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB TERUSKAN PROGRAM IHYA DAN JANGKAUAN RAMADHAN DI MASJID SETIA ALI, PEKAN MUARA



MUARA, Isnin, 26 April 2022- Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) meneruskan Program Tahunan Ihya dan Jangkauan Ramadhan di Masjid Setia Ali, Pekan Muara dengan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) selaku pengendali. 


Turut hadir di masjid tersebut bagi menyertai perisian program termasuk Solat Fardhu Subuh berjemaah dan bacaan Tadarus Al-Quran ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Pemerintah TLDB; dan pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. Majlis diselitkan dengan penyampaian infak iaitu Mushaf Al-Quran Jubli Intan ABDB dan sumbangan yang diserahkan kepada Jawatankuasa Takmir Masjid. 


Sebelum itu, rombongan Kementerian Pertahanan menyertai program Qiyamullail Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara yang diakhiri dengan sesi bersahur bersama.


Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat di samping meraih keberkatan dan pahala di bulan suci Ramadan yang mubarak ini.