KAMPONG JUNJONGAN, Thursday, 22 October 2020 – In conjunction with the celebration of Maulidur Rasul SAW for the year 1442H, a delegation from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the Dikir Syarafil Anam event at the Kampong Junjongan Mosque tonight.   

The delegation was led by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.

Also in attendance were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah the Permanent Secretary of Defence, Deputy Permanent Secretaries, as well as senior officers from the Ministry of Defence and RBAF. 

The event commenced after the Maghrib Prayer, with the recitation of Surah Yassin led by Imam Haji Khairul bin Haji Hakim, the Imam of the Kampong Junjongan Mosque followed by Dikir Syarafil Anam. After the Isya’ Prayer, the Religious Department from the RBAF presented the Qasidah, followed by Dikir Marhaban by the congregation and Ministry of Defence and RBAF delegation. 

The event continued with Doa Marhaban read by the Imam of Masjid Kampong Junjongan followed by the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam.

The event was also attended by Acting Head Village of Junjongan, Haji Tamam @ Haji Ahmad Shah Tamami bin Haji Timbang along with the congregation of Kampong Junjongan.




DELEGASI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB HADIRI ACARA DIKIR MAULUD DI MASJID KAMPONG JUNJONGAN

KAMPONG JUNJONGAN, Khamis, 22 Oktober 2020 – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1442H, rombongan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menghadiri acara Dikir Syarafil Anam di Masjid Kampong Junjongan malam ini. 

Rombongan diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. 

Turut hadir ialah Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan selepas sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dengan bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Imam Haji Haji Khairul bin Haji Hakim, Imam Masjid Kampong Junjongan, diikuti dengan bacaan Dikir Syarafil Anam. Selepas sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, JAMA’AT ABDB mempersembahkan Qasidah, diikuti oleh Dikir Marhaban daripada jemaah dan rombongan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis diteruskan dengan doa Marhaban yang dibacakan oleh Imam Masjid Kampong Junjongan, diikuti dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Kampung Junjongan, Haji Tamam @ Haji Ahmad Shah Tamami bin Haji Timbang bersama penduduk Kampong Junjongan.