
KG KAPOK, Thursday, 28 April 2022 – The Ministry of Defence continues its
Ihya Ramadhan and Outreach Programme At Masjid Kampung Kapok, Mukim Serasa.
The event was joined by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Acting Permanent Secretary, officers and personnel from the Ministry of Defence and the RBAF.
The event began with
Fardhu Isya’ prayers,
Sunnat Tarawih and
Witir prayers, and continued with the recitation of
Tadarus Al-Quran with the mosque congregants. The event concluded with the presentation of infaq (donations) including the RBAF Diamond Jubilee Mushaf Al-Quran and donations to the Mosque Committee.
The programme hopes to build stronger bonds with the village community as well as to collectively reap the blessings and barakah of the holy month of Ramadhan which will end soon.


ROMBONGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENYERTAI PROGRAM IHYA DAN JANGKAUAN RAMADHAN DI MASJID KAMPUNG KAPOK
KG KAPOK, Khamis, 28 April 2022 – Program Ihya dan Jangkauan Ramadhan Kementerian Pertahanan diteruskan di Masjid Kampung Kapok, Mukim Serasa.
Hadir bersama, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai serta anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isyak, Sembahyang Sunat Tarawih dan Sunat Witir secara berjemaah serta diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran bersama jemaah masjid yang hadir. Majlis diakhiri dengan penyampaian infaq termasuk Mushaf Al-Quran Jubli Intan ABDB kepada jawatankuasa takmir masjid.
Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat di samping meraih keberkatan dan pahala di bulan suci Ramadan yang mubarak yang tidak lama lagi akan berakhir.