BOLKIAH GARRISON, Friday, 07 October 2022 - A ceremony to mark the conclusion of the 12 consecutive nights of Dikir Maulud in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) for the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF), was held simultaneously across all RBAF camp surau’s and Pulau Baru-Baru Mosque, with the main focus at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison this evening. 


Joining the congregation as Guest of Honour was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, RBAF Commander. Also present was Colonel (Retired) Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul KarimPermanent Secretary (Development, Maintenance and Technology) Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretaries, officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF. 


The ceremony commenced with mass Maghrib Prayers followed by the recitation of Sirah Nabawiyah, Sayyidul Istighfar, Dikir Assalamualaika, Bisyahrin dan Alhamdu, as well as mass Isya prayers and concluded with the recitation of Dikir Marhaban and Doa Peliharakan Sultan. 





KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ADAKAN 

MAJLIS PENUTUP MALAM DIKIR MAULUD 1444H/2022 


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 07 Oktober 2022 – Majlis Dikir Maulud bagi menandakan berakhirnya Dikir Maulud 12 malam berturut-turut sempena memperingati kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bagi peringkat Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah diadakan secara serentak di semua surau-surau perkhemahan ABDB dan Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison pada malam ini.


Menyertai para jemaah selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Yang Mulia Kolonel (Bersara) Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Setiausaha Tetap (Pembangunan, Pemeliharaan dan Teknologi) Kementerian PertahananTimbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Majlis Penutup Dikir Maulud dimulakan selepas sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Sirah Nabawiyah, Sayyidul Istighfar, Dikir Assalamualaika, Bisyahrin dan Alhamdu serta sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah sebelum ianya diakhiri dengan Dikir Marhaban dan Doa Peliharakan Sultan.