BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 27 August 2019 – The Ministry of Defence of Brunei Darussalam is conducting its 15th annual Executive Development Programme (EDP) for senior government officials at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Ministry of Defence.
In collaboration with the Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, the three-month rigorous programme is designed and developed with the focus on public policy and management. The Programme will be delivered by a faculty comprising of highly experienced academicians and experts. In addition, the Programme will also include local invited speakers that serve to provide a deeper understanding of Brunei Darussalam’s strategic environment, and visits to relevant ministries and agencies to further expose the participants on public policy in practice.
The EDP equips participants with the conceptual framework and cutting-edge tools needed for continual success in service. The participants will explore trends in managerial practice, gain new perspectives on public policy and management, and enhance core leadership skills. Participants will also adopt a multi-disciplinary approach to analyse programmes and policies, and its resulting outcomes and implications.
This year’s EDP participants comprise of 20 senior military officers (rank of Lieutenant Colonel) from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), one officer from the Royal Brunei Police Force (RBPF), 5 senior officers from other government ministries (Prime Minister’s Office, Narcotics Control Bureau, Ministry of Foreign Affairs, Universiti Brunei Darussalam and Universiti Islam Sultan Sharif Ali) and 4 foreign senior military officers from Malaysia, Singapore, the Philippines and Oman.
In the opening remarks, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, highlighted that the EDP reflects the continued commitment of the Ministry of Defence and the RBAF to develop its human resources and to ensure officers in leadership roles are capable in their responsibilities against an evolving environment and increasing challenges. In support of the Whole-of-Nation, and Whole-of-Government approach, the programme is a means to contribute towards national development and raise organisational capability in meeting the challenges. He encouraged the participants to understand, appreciate and contribute to the strategic objectives as outlined in the Brunei Vision 2035.
Introductory remarks on the course was also delivered in the ceremony by Associate Dean Professor Francesco Mancini, Co-Director (Executive Education) of Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.
The ceremony was also attended by Deputy Commissioner of RBPF, High Commissioners and Ambassadors of participating countries, Permanent Secretaries and representatives from participating ministries and agencies, senior defence and RBAF officials, Vice-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam and Rector of Universiti Islam Sultan Sharif Ali, and representatives from the National University of Singapore.
Launched since 2004, 329 senior officers have undergone the MINDEF EDP. The 15th series runs from 26 August 2019 until 6 December 2019.


MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF KALI KE 15 BAGI TAHUN 2019 KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARRISON, Selasa, 27 Ogos 2019 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam sedang menjalankan Program Perkembangan Eksekutif bagi pegawai-pegawai kanan kali ke-15 di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan.
Dengan kerjasama Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, program padat tiga-bulan ini direka bentuk dan dibangunkan dengan fokus kepada dasar awam dan pengurusan. Program tersebut akan disampaikan oleh fakulti terdiri daripada ahli-ahli akademik dan pakar-pakar berpengalaman tinggi. Sebagai tambahan, Program berkenaan juga meliputi penceramah-penceramah jemputan tempatan bagi memberikan pemahaman lanjut mengenai persekitaran strategik Negara Brunei Darussalam dan memuatkan lawatan sambil belajar ke Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan bagi pendedahan lanjut kepada para peserta mengenai pelaksanaan dasar awam.
EDP melengkapkan peserta dengan konsep rangkakerja yang canggih dan terkini yang diperlukan untuk kejayaan yang berterusan dalam perkhidmatan. Peserta akan meneroka tren-tren dalam amalan pengurusan, memperolehi perspektif-perspektif baru mengenai dasar awam dan pengurusan, dan meningkatkan kemahiran kepimpinan teras. Peserta-peserta juga akan menerimapakai pendekatan pelbagai disiplin bagi menganalisis rekabentuk program-program dan dasar-dasar, beserta hasil-hasil dan implikasi-implikasi yang akan dicapai.
Para peserta EDP terdiri daripada 20 pegawai-pegawai kanan tentera (berpangkat Leftenan Kolonel) dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), seorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), 5 orang pegawai kanan dari kementerian-kementerian dan agensi lain (Jabatan Perdana Menteri, Biro Kawalan Narkotik, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali) dan juga 4 orang pegawai-pegawai kanan tentera luar negeri daripada Malaysia, Singapura, Filipina dan juga Oman.
Dalam ucapan pembukaan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan menekankan EDP merupakan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dan ABDB dalam memperkembangkan tenaga manusia dan memastikan pegawai-pegawai dalam peranan kepimpinan mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam persekitaran yang sentiasa berubah dan cabaran-cabaran yang meningkat. Dalam menyokong pendekatan Whole-of Nation dan Whole-of–Government, program ini merupakan salah satu cara memberi sumbangan terhadap mencapai pembangunan negara dan mempertingkatkan keupayaan organisasi dalam menghadapi cabaran-cabaran berkenaan. Oleh itu, beliau menggalakkan para peserta untuk memahami, mendalami dan menyumbang kepada strategi-strategi Wawasan negara 2035.
Kata-kata pengenalan mengenai program juga telah disampaikan pada Majlis tersebut oleh Professor Madya Francesco Mancini, Pengarah Eksekutif (Pengajian Eksekutif) di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.
Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta Besar berkenaan, Setiausaha-Setiausaha Tetap serta wakil-wakil dari kementerian dan agensi, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB, dan juga Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam dan Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan beberapa wakil daripada National University of Singapore.
Dilancarkan sejak 2004, seramai 329 orang pegawai kanan telah menjalani EDP Kementerian Pertahanan. Program EDP siri ke-15 pada tahun ini bermula pada 26 Ogos 2019 hingga 6 Disember 2019.