BOLKIAH GARRISON, Tuesday 4 September 2018 – The Ministry of Defence, Brunei Darussalam, is conducting its 14th annual Executive Development Programme (EDP) for senior officials at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies, Ministry of Defence.

In collaboration with the Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, the three-month rigorous programme is designed and developed with the focus on public policy and management. The Programme will be delivered by a faculty made up of highly experienced academicians and experts. In addition, the Programme will also include visits to relevant ministries and agencies as well as invited local speakers to provide further exposure for the participants on public policy in practice.

The EDP equips participants with the conceptual framework and cutting-edge tools needed for continual success in service. The participants will explore trends in managerial practice, gain new perspectives on public policy and management, and enhance core leadership skills. In particular, to adopt a multi-disciplinary approach to analyse programmes and policies, and its resulting outcomes and implications.

This year’s EDP participants comprise of 26 senior military officers (rank of Lieutenant Colonel) from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), one MINDEF senior officers, two senior officers from the Prime Minister’s Office and one officer from the Royal Brunei Police Force.

In the opening remarks, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of the Ministry of Defence highlighted that beyond being an important component of the RBAF personnel professional development, the EDP is importantly one of the cornerstones of defence contribution towards the achievement of the Brunei Vision 2035 of a well-educated, highly skilled and accomplished people. He urged the participants to capture this essence and aim towards delivering positive impacts on the country’s development and growth, consequently contributing to the sustainability of Brunei Darussalam’s security and stability.

Introductory remarks on the program was also delivered in the ceremony by Associate Professor Francesco Mancini, Co-Director (Executive Education) of Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Launched in 2004, 299 senior officers have undergone the MINDEF EDP. The 14th EDP runs from 03 September 2018 until 30 November 2018.


MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF KALI KE 14, TAHUN 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARRISON, Selasa 4 September 2018 – Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam sedang menjalankan Program Perkembangan Eksekutif bagi pegawai-pegawai kanan kali ke empat belas di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan.

Dengan kerjasama Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, program padat tiga-bulan ini direka bentuk dan dibangunkan dengan fokus kepada dasar awam dan pengurusan. Program tersebut akan disampaikan oleh fakulti terdiri ahli-ahli akademik dan pakar-pakar berpengalaman tinggi. Sebagai tambahan, Program berkenaan juga meliputi lawatan sambil belajar ke Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan dan juga penceramah-penceramah jemputan tempatan bagi memberikan pendedahan lanjut kepada para peserta mengenai pelaksanaan dasar awam.

EDP melengkapkan peserta dengan konsep rangkakerja yang canggih dan terkini yang diperlukan untuk kejayaan yang berterusan dalam perkhidmatan. Peserta akan meneroka tren-tren dalam amalan pengurusan, memperolehi perspektif-perspektif baru mengenai dasar awam dan pengurusan, dan meningkatkan kemahiran kepimpinan teras. Khususnya, untuk menerimapakai pendekatan pelbagai disiplin bagi menganalisis rekabentuk program-program dan dasar-dasar, beserta hasil-hasil dan implikasi-implikasi yang akan dicapai.

Peserta EDP tahun ini terdiri daripada 26 pegawai-pegawai kanan tentera (berpangkat Leftenan Kolonel) dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan, dua orang pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri dan  seorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dalam ucapan pembukaan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Abu Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan menekankan bahawa selain menjadi komponen penting dalam pembangunan profesional anggota-anggota ABDB, EDP lebih penting adalah salah satu sumbangan pertahanan ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035 bagi rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Beliau menggesa para peserta untuk menghayati intipati ini dan menyasarkan untuk memberikan impak positif kepada pembangunan dan pertumbuhan negara, seterusnya menyumbang kepada kemampanan keselamatan dan kestabilan Negara Brunei Darussalam.

Kata-kata pengenalan mengenai program juga telah disampaikan pada Majlis tersebut oleh Prof MAdya Francesco Mancini, Pengarah Eksekutif Pengajian Eksekutif di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Dilancarkan pada 2004, 299 pegawai-pegawai kanan telah menjalani EDP Kementerian Pertahanan. Program EDP ke-14 berjalan dari 03 September 2018 ke 30 November 2018.