TANAH JAMBU, Friday, 25 March 2022 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II had the opportunity for an informal interactive session with the international officers of the 12th Command and Staff Course (CSC 12/2022) at the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) Library, following the Khatam Al-Quran event in conjunction with the 38th National Day celebration of Brunei Darussalam at Surau Asy-Syuhada’, DA RBAF.
 


The session served as a valuable opportunity for the international course participants to interact and exchange views with Yang Berhormat Minister of Defence II informally.


The 40-week course comprised a total of 43 officers, of which 15 are international participants from 12 countries namely Australia, Bangladesh, Republic of India, Republic of Indonesia, Malaysia, New Zealand, Sultanate of Oman, the Islamic Republic of Pakistan, the Republic of the Philippines, Saudi Arabia, Republic of Singapore and the United Kingdom.


The session concluded with a group photo session with CSC 12/2022 participants and presentation of mementoes to Yang Berhormat Minister of Defence II by the course’s representative. 






SESI INTERAKSI TIDAK FORMAL MENTERI PERTAHANAN KEDUA BERSAMA PARA PESERTA ANTARABANGSA KURSUS MAKTAB TURUS 12/2022


TANAH JAMBU, Jumaat, 25 Mac 2022 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua turut berkesempatan bagi sesi interaksi tidak formal bersama peserta-peserta antarabangsa Kursus Maktab Turus Ke-12 (CSC 12/2022) bertempat di ruang perpustakaan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), sejurus selepas sempurnanya Majlis Khatam Al-Quran sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 yang diadakan di di Surau Asy-Syuhada’, AP ABDB.


Sesi tersebut memberikan peluang peserta-peserta kursus antarabangsa untuk berinteraksi bersama Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan bertukar-tukar pandangan secara tidak formal.


Kursus selama 40 minggu ini disertai oleh seramai 43 orang pegawai yang mana 15 daripadanya adalah peserta antarabangsa dari 12 buah negara iaitu Australia, Republik Rakyat Bangladesh, Republik India, Republik Indonesia, Malaysia, New Zealand, Kesultanan Oman, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Arab Saudi, Republik Singapura dan United Kingdom. 


Sesi diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama peserta kursus CSC 12/2022 dan penyampaian cenderahati daripada wakil peserta kursus kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua.