BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 15 December 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II, received Colonel Zaenal Ariffin, the outgoing Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam, together with Colonel Doddy Suhadiman, the incoming Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam for a joint call today.

During the call, Colonel Zaenal Ariffin expressed his gratitude for the two countries’ warm and close bilateral defence relations. Yang Berhormat Minister of Defence II, expressed his confidence that the long-standing warm, friendly relations and multi-faceted cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia, notably in the fields of defence and military, will continue to be strengthened in the coming years. Yang Berhormat Minister of Defence II further conveyed his warmest appreciation to Colonel Zaenal Ariffin for his contributions and cooperation during his tenure as the Defence Attaché of the Republic of Indonesia since 30 October 2018. 


Yang Berhormat Pehin congratulated Colonel Doddy Suhadiman for his new appointment as Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Negara Brunei Darussalam. Colonel Doddy Suhadiman also expressed his hopes of strengthening the existing bilateral defence cooperation between the two countries.


The defence cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia has been long established and growing steadily since establishing diplomatic relations on 1 January 1984,. Both countries have also signed a Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 10 April 2003.





MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DAN PENGENALAN DARIPADA ATASE-ATASE PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

BOLKIAH GARISON, Rabu, 15 Disember 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima Kunjungan Perpisahan daripada mantan Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Zaenal Ariffin serta Kunjungan Pengenalan daripada Kolonel Doddy Suhadiman, Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baharu pada hari ini.

 

Semasa kunjungan tersebut, Kolonel Zaenal Ariffin menyampaikan ucapan penghargaan atas hubungan pertahanan dua hala yang akrab dan rapat di antara kedua-dua buah negara. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menzahirkan keyakinan bahawa hubungan persahabatan dan kerjasama yang telah lama wujud di pelbagai peringkat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia, terutama dalam bidang pertahanan dan ketenteraan, akan terus diperkukuhkan di masa yang akan datang. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Kolonel Zaenal Ariffin atas sumbangan dan kerjasama beliau dalam mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan dua hala sejak memegang jawatan pada 30 Oktober 2018. 


Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua seterusnya menyampaikan ucapan tahniah kepada Kolonel Doddy Suhadiman atas lantikan beliau sebagai Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. Kolonel Doddy Suhadiman turut menyatakan harapannya untuk memperkukuhkan lagi kerjasama pertahanan dua hala yang sedia wujud antara kedua-dua buah negara.

 

Kerjasama pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia telah sekian lama terjalin dan terus berkembang sejak menjalinkan hubungan diplomasi pada 1 Januari 1984. Kedua-dua buah negara juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 10 April 2003.