
BOLKIAH GARRISON, Thursday, 02 June 2022 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji
Mohd
Yussof, Minister of Defence
II received an
introductory
call from Her Excellency Nahida Rahman Shumona,
the
High Commissioner of the People’s Republic of Bangladesh to Brunei Darussalam this afternoon.
During the call, Yang Berhormat Minister of Defence II took the opportunity to congratulate Her Excellency on her appointment as the High Commissioner of the People’s Republic of Bangladesh to Brunei Darussalam
last year. Both countries reaffirmed the
good defence and military
relations,
including the
ongoing efforts by both sides to
finalise the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation.
Numerous bilateral
interactions and programmes between both countries
throughout the years have served to enhance the mutual understanding and friendship among defence officials and armed forces of both countries across all levels including the exchange of visits,
attending conferences and courses.
Yang Berhormat Minister of Defence II and Her Excellency also discussed opportunities to further enhance the bilateral defence relations, especially people-to-people relations between both countries.
Her Excellency Nahida Rahman Shumona presented her Letter of Credence to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Negara Brunei Darussalam
on 8 March 2021.

MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN
PENGENALAN
DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Khamis, 02 Jun 2022 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji
Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menerima kunjungan
pengenalan daripada Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona, Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam pada petang ini.
Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua telah
menyampaikan ucapan tahniah kepada Puan Yang Terutama di atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam
pada tahun lepas. Kedua-dua negara
mengesahkan semula hubungan pertahanan
baik yang sedia ada,
termasuk usaha kedua-dua belah pihak dalam
memuktamadkan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan.
Pelbagai interaksi dan
program dua hala antara kedua-dua
buah negara telah mempertingkatkan lagi persefahaman dan persahabatan antara pegawai-pegawai pertahanan dan angkatan bersenjata kedua-dua
buah negara di semua peringkat
seperti melalui pertukaran lawatan,
penyertaan dalam persidangan dan kursus.
Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan Puan Yang Terutama juga membincangkan peluang-peluang untuk mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dua hala terutamanya hubungan secara individu dengan individu di antara kedua-dua buah negara.
Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona telah menghadapkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
pada 8 Mac 2021.