
BOLKIAH GARRISON, Thursday, 23 December 2021 –
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II received a farewell call from Senior Colonel Li Jianzhong, the Defence Attaché of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam today.
During the call, Yang Berhormat Minister of Defence II conveyed his warmest appreciation to Senior Colonel Li Jianzhong for his contributions and cooperation in enhancing the bilateral defence relations throughout his tenure as the Defence Attaché of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam since 9 December 2019.
Both countries expressed satisfaction over the mutual warmth and goodwill, particularly in the realm of defence that has been strengthened through various agreements in defence cooperation, exchange of high-level visits, courses, training, and interactions conducted under the ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (ADMM-Plus) framework.
Senior Colonel Li Jianzhong expressed his appreciation towards the Ministry of Defence, Brunei Darussalam and the Royal Brunei Armed Forces for the support accorded to the People’s Republic of China to further strengthen and enhance bilateral and multilateral defence relations, particularly during Brunei Darussalam’s chairmanship of ASEAN this year.
This year also marks a significant milestone as Brunei Darussalam and the People’s Republic of China commemorate the 30th anniversary of their diplomatic relations as well as ASEAN-China Dialogue Relations. The bilateral defence cooperation between both countries was strengthened with the signing of the Memorandum of Understanding (MoU) on Military Exchanges on 12 September 2003 and further enhanced with the signing of the MoU on Strengthening Defence Cooperation during His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s state visit to People’s Republic of China on 13 September 2017.


MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Khamis, 23 Disember 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menerima Kunjungan Perpisahan daripada
Senior Colonel Li Jianzhong, Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.
Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan ucapan penghargaan kepada
Senior Colonel Li Jianzhong atas sumbangan dan kerjasama beliau dalam mempereratkan dan memperkukuhkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala sejak memegang jawatan sebagai Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam pada 9 Disember 2019.
Kedua-dua buah negara juga berpuas hati dengan hubungan pertahanan baik yang dikukuhkan melalui perjanjian-perjanjian, pertukaran-pertukaran lawatan pegawai kanan, kursus, latihan serta interaksi melalui landasan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN
Plus (ADMM-Plus).
Senior Colonel Li Jianzhong turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atas sokongan yang diberikan kepada Republik Rakyat China dalam mempertingkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala dan pelbagai hala terutamanya semasa Negara Brunei Darussalam mempengerusikan ASEAN pada tahun ini.
Tahun ini juga menandakan detik penting bagi Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China dalam meraikan ulang tahun penubuhan hubungan diplomatik dan hubungan dialog ASEAN-China yang ke-30 tahun. Kerjasama pertahanan antara kedua-dua buah negara telah dikukuhkan dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman Mengenai Pertukaran Ketenteraan pada 12 September 2003 dan telah dieratkan lagi dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman Memperkukuh Kerjasama Pertahanan sewaktu lawatan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China pada 13 September 2017.