BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 18 March 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II presented on the defence budget during the 17th Legislative Council Session today.

The defence budget for the Ministry of Defence Brunei Darussalam for the financial year of 2021/2022 is B$610,170,920.00, an increase of 0.68% from the previous financial year.

Highlighting the peace and security valued by the people of Brunei Darussalam, the Ministry of Defence (MINDEF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) reaffirms its commitment to fulfilling its role and mission to ‘Defend the Nation’s Sovereignty, Territorial Integrity and Supporting the Constitution and the Malay Islamic Monarchy Philosophy’. Yang Berhormat Minister of Defence II reinforced the three pillars: Deterrence, Defence Diplomacy, and Holistic Defence to safeguard Brunei Darussalam’s strategic, economic, and security interests.

Despite the significant impacts of the COVID-19 pandemic, the RBAF remains steadfast in enhancing its deterrence and defence force capabilities to counter emerging threats such as through the acquisition of Unmanned Aerial Systems (UAS) and Unmanned Underwater Vehicle (UUV) capabilities and the upgrade of the Combat Vehicle Reconnaissance (Track) or CVR(T).

Defence diplomacy and military relations are continually enhanced through alternative methods such as virtual meetings. Yang Berhormat Minister of Defence II, also underscored the vital role of the defence sector, especially as Brunei Darussalam is the ASEAN Chairman this year where MINDEF will be hosting the ASEAN Defence Ministers’ Meetings (ADMM), ADMM-Plus and its related meetings. These platforms promote practical cooperation in ensuring ASEAN centrality in meeting the security challenges facing the region.  

Yang Berhormat Minister of Defence II concluded his speech by highlighting that the transformation of MINDEF and RBAF is centred on coherence and alignment with our national strategic interests, supporting other government and private agencies, and promoting peace and security with international partners. This year’s new Defence White Paper 2021 that will be launched in conjunction with the Diamond Jubilee (60th anniversary) of RBAF, will elaborate on these policies and plans.

The 17th Legislative Council Session began this week on 15 March 2021. The full speech transcript can be found here.

MENTERI PERTAHANAN KEDUA MEMBENTANGKAN BELANJAWAN KEMENTERIAN PERTAHANAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2021/2022

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mac 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua membentangkan belanjawan Kementerian Pertahanan semasa sesi petang Majlis Mesyuarat Negara Musim Permesyuaratan ke-17 pada hari ini.

Anggaran belanjawan bagi Kementerian Pertahanan yang telah diperuntukkan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 ialah B$610,170,920.00 dan merupakan peningkatan sebanyak 0.68% daripada peruntukan yang telah diluluskan pada tahun kewangan yang lalu.

Dalam mengetengahkan keamanan dan keselamatan yang dihargai oleh penduduk Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) meneguhkan komitmennya untuk memenuhi peranan dan misi kementerian iaitu ‘Mempertahankan Kedaulatan, Keutuhan Wilayah dan Mendokong Perlembagaan dan Falsafah Melayu Islam Beraja’. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua mengutarakan tiga tonggak utama iaitu Cegah Rintang, Diplomasi Pertahanan dan Pertahanan Holistik dalam melindungi kepentingan strategik, ekonomi, dan keselamatan negara.

Walaupun penularan wabak COVID-19 memberikan impak yang signifikan, ABDB tetap kukuh dalam meningkatkan cegah rintang dan keupayaan pertahanan untuk mengatasi ancaman-ancaman terhadap keamanan negara seperti melalui pemerolehan keupayaan Unmanned Aerial Systems (UAS) dan Unmanned Underwater Vehicle (UUV) dan juga penaiktarafan Combat Vehicle Reconnaissance (Track) atau CVR(T).

Hubungan diplomasi pertahanan dan ketenteraan dengan negara-negara sahabat terus dipertingkatkan melalui kaedah alternatif seperti permesyuaratan secara maya. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menegaskan bahawa sektor pertahanan memainkan peranan signifikan terutama sekali apabila Negara Brunei Darussalam mempengerusikan ASEAN pada tahun ini dimana Kementerian Pertahanan akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), ADMM-Plus dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengannya. Landasan ini mempromosikan kerjasama praktikal dalam memastikan pemusatan ASEAN dalam menghadapi cabaran-cabaran keselamatan yang dihadapi di rantau ini.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua mengakhiri mukadimah dengan menekankan bahawa transformasi Kementerian Pertahanan dan ABDB berpusat pada perpaduan dan penyelarasan dengan kepentingan-kepentingan strategik kebangsaan, menyokong agensi-agensi kerajaan dan swasta, dan mempromosikan keamanan dan keselamatan dengan rakan-rakan antarabangsa. Kertas Putih Pertahanan 2021 baharu tahun ini yang akan dilancarkan sempena sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun ABDB ke-60 akan menghuraikan beberapa dasar dan rancangan berkenaan.

Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Musim Permesyuaratan ke-17 telah bermula pada minggu ini pada 15 Mac 2021. Transkrip ucapan mukadimah boleh didapati di sini.