
BOLKIAH GARRISON, Saturday, 30 April 2022 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II extended his
Hari Raya Aidilfitri greetings to Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers and personnel serving overseas in a video conference held at the Joint Force Headquarters RBAF.
Also present during the video conference were Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, RBAF Commander; Acting Permanent Secretary, Acting Joint Force Commander RBAF and Director of Intelligence.
During the video conference, Yang Berhormat Minister of Defence II interacted with Defence Attachés and Defence Advisors, heads of contingents from the International Monitoring Team in Mindanao, the Republic of the Philippines (IMT-18), Malaysian Battalion 850-9 United Nations Interim Force in Lebanon (MALBATT 850-9 UNIFIL), Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring, and Assistance Team (IDB VMAT 4/2022), and RBAF’s liaison officer at the Information Fusion Centre (IFC) in the Republic of Singapore.
Yang Berhormat Minister of Defence II advised all RBAF personnel abroad to exercise caution while performing their duties and missions, especially in areas with high risk of COVID-19 infection. Yang Berhormat Minister of Defence II emphasised the importance of maintaining their spiritual values and reciting the Al-Qur’an daily in seeking Allah Subhanahu Wa Ta’ala’s continuous blessing and grace as well as to uphold His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s Titah during
Nuzul Al-Qur’an celebration last month.
Furthermore, Yang Berhormat Minister of Defence II reminded everyone on the importance to uphold the concept of Malay Islamic Monarchy (MIB) in their daily life and always maintain a high level of discipline to preserve the image of RBAF and Brunei Darussalam. He also hoped that officers and personnel of RBAF working overseas will continue to enhance relations with other forces especially during the holy month of Ramadan and the upcoming
Hari Raya Aidilfitri celebrations.
Before ending the session, Yang Berhormat Minister of Defence II also took the opportunity to deliver his
Hari Raya Aidilfitri greetings to everyone at the Ministry of Defence and the RBAF, and prays that all act of worship and repentance in the holy month of Ramadan will be accepted by Allah Subhanahu Wa Ta’ala.



MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA ABDB BERTUGAS DI LUAR NEGARA
SECARA DALAM TALIAN
BOLKIAH GARISON, Sabtu, 30 April 2022 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bertugas di luar negara melalui sidang video yang diadakan di Markas Angkatan Bersama ABDB.
Turut hadir semasa sidang video tersebut adalah Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa sidang video tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua berinteraksi bersama Atase-Atase dan Penasihat-Penasihat Pertahanan, Ketua-Ketua Kontinjen dari Pasukan Pemantau Antarabangsa di Mindanao, Republik Filipina (IMT-18), MALBATT 850-9 Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (MALBATT 850-9 UNIFIL), Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT 4/2022) di Mindanao
dan Information Fusion Centre (IFC), Republik Singapura.
Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menasihatkan agar anggota ABDB di luar negara sentiasa berwaspada semasa menjalankan tugas dan misi mereka, terutamanya di kawasan berisiko tinggi jangkitan
COVID-19. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menekankan kepentingan menjaga nilai-nilai kerohanian dan membaca Al-Qur’an setiap hari dalam mencari keberkatan dan rahmat Allah Subahanahu Wa Ta’ala secara berterusan serta mendokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Nuzul Al-Quran 1443H bulan lepas.
Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua seterusnya menasihatkan semua untuk mengamalkan cara hidup berkonsepkan Melayu Islam Beraja (MIB) dalam kehidupan seharian dan sentiasa menjaga tahap disiplin yang tinggi bagi memelihara imej ABDB dan Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua seterusnya berharap agar pegawai -pegawai dan anggota-anggota yang menjalankan tugas di luar negara akan meningkatkan silaturrahim bersama angkatan-angkatan sahabat secara berterusan terutama sekali
di bulan suci Ramadhan dan semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Sebelum mengakhiri sesi tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua turut berkesempatan untuk menyampaikan ucapan Hari Raya Aildilfitri kepada warga Kementerian Pertahanan dan ABDB serta mendoakan agar segala amalan ibadah di bulan suci Ramadhan akan diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.