BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 28 December 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II convened a virtual meeting with His Excellency Kishi Nobuo, Minister of Defense of Japan today. This was the second virtual meeting conducted between both defence ministers this year.


During the meeting, both sides expressed satisfaction over the warm and cordial defence relations shared by both countries and reaffirmed their commitments to further strengthen the bilateral defence relations. The Ministers discussed wide-ranging regional defence and security issues and matters of mutual interest, particularly on the signing of a Memorandum of Cooperation on Defence Cooperation and Exchanges in the near future.


His Excellency Kishi Nobuo commended Brunei Darussalam’s ASEAN Direct Communications Infrastructure (ADI) initiative under the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) framework and hopes to continue to support the ongoing initiative. In addition, Yang Berhormat Minister of Defence II appreciated Japan’s cooperation and efforts in maintaining peace and stability in the region, particularly in managing the COVID-19 pandemic. 


The long-standing defence relations between Brunei Darussalam and Japan have been fostered over the years through the exchange of visits, as well as regular interactions through various bilateral and regional defence platforms. 






MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENGADAKAN PERJUMPAAN SECARA DALAM TALIAN BERSAMA MENTERI PERTAHANAN JEPUN


BOLKIAH GARISON, Selasa, 28 Disember 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah mengadakan perjumpaan secara dalam talian bersama Tuan Yang Terutama Kishi Nobuo, Menteri Pertahanan Jepun hari ini. Perjumpaan secara dalam talian ini merupakan perjumpaan kali kedua antara kedua-dua Menteri Pertahanan pada tahun ini.


Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak menzahirkan rasa puas hati terhadap hubungan pertahanan yang baik dan mesra antara kedua-dua buah negara dan mengesahkan semula komitmen untuk memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan dua hala. Kedua-dua Menteri membincangkan isu-isu keselamatan dan pertahanan yang meluas serta isu-isu berkepentingan bersama terutama mengenai penandatangan Memorandum Kerjasama dalam bidang Kerjasama dan Pertukaran Pertahanan dalam masa terdekat.


Tuan Yang Terutama Kishi Nobuo turut menyambut baik inisiatif
ASEAN Direct Communications Infrastructure (ADI) Negara Brunei Darussalam di bawah rangka kerja Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan berharap untuk terus menyokong inisiatif berkenaan. Dalam masa yang sama, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan penghargaan atas usaha dan kerjasama Jepun dalam sentiasa memastikan keselamatan dan kestabilan serantau, terutamanya dalam menangani penularan wabak COVID-19.


Hubungan pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun yang telah sekian lama terjalin telah diperkukuhkan melalui pertukaran-pertukaran lawatan dan interaksi antara kedua-dua buah negara melalui mekanisme pertahanan dua hala dan serantau.