BOLKIAH GARRISON, Thursday, 20 May 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, convened a video conference with His Excellency Kishi Nobuo, Japan Minister of Defense this afternoon.
During the virtual meeting, both sides expressed satisfaction over the warm and cordial defence relations that both countries enjoy. Yang Berhormat Minister of Defence II and His Excellency affirmed their commitment to further enhance their bilateral defence relations. Both sides also discussed issues on regional security and mutual interests, particularly on ways to further strengthen the existing defence cooperation.
Defence relations between Brunei Darussalam and Japan are fostered through the exchanges of visits, as well as regular interactions between both sides through various defence platforms. Brunei Darussalam and Japan established diplomatic relations on 2 April 1984.


MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENGADAKAN PERJUMPAAN DALAM TALIAN BERSAMA MENTERI PERTAHANAN JEPUN
BOLKIAH GARISON, Khamis, 20 Mei 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah mengadakan perjumpaan dalam talian bersama Tuan Yang Terutama Kishi Nobuo, Menteri Pertahanan Jepun pada petang hari ini.
Semasa perjumpaan dalam talian tersebut, kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati atas hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun yang baik. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan Tuan Yang Terutama menekankan komitmen untuk sama-sama mempertingkatkan hubungan pertahanan dua hala. Kedua-dua pihak juga membincangkan mengenai isu-isu keselamatan serantau dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama terutama dalam memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama pertahanan yang telah terjalin.
Hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun telah diperkukuhkan melalui pertukaran lawatan dan interaksi di antara kedua-dua buah negara melalui pelbagai landasan pertahanan serantau. Negara Brunei Darussalam dan Jepun telah menubuhkan hubungan diplomatik pada 2 April 1984.