BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 30 January 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, received a farewell call from Colonel Angelo Gerard Ariles, Defence Attaché of the Republic of the Philippines, this morning. 

During the call, both sides reaffirmed mutual commitment for strengthening bilateral defence and military relations between Brunei Darussalam and the Republic of the Philippines. Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II also took the opportunity to express an appreciation to Colonel Angelo Gerard Ariles for his positive contribution and support towards enhancing the bilateral defence relations and military cooperation between both countries. 

Brunei Darussalam and the Republic of the Philippines enjoys robust and positive defence relationship and cooperation. It was further strengthened by various engagements including exchanges of visits, dialogues, exercises and Joint Defence Working Committee (JDWC) underpinned by Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation between both countries signed on 22 August 2001. 

 


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK FILIPINA


BOLKIAH GARISON, Selasa, 30 Januari 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, menerima kunjungan perpisahan daripada Kolonel Angelo Gerard Ariles, Atase Pertahanan Republik Filipina pada pagi ini.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengesahkan akan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala dan ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kolonel Angelo Gerard Ariles atas sumbangan dan sokongan positif beliau ke arah memperkukuhkan kerjasama pertahanan dua hala dan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara.

Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina menikmati hubungan dan kerjasama pertahanan yang teguh dan positif. Ianya diperkukuhkan lagi dengan pelbagai penglibatan termasuk pertukaran lawatan, dialog, latihan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) melalui perjanjian Memorandum Persefahaman di dalam Kerjasama Pertahanan di antara kedua-dua buah negara pada 22 August 2001.