
PRIME MINISTER’S OFFICE, Tuesday, 23 January 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II received a courtesy call from His Excellency Major General (Retired) Farhat Abbas Sani, High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam this morning.
During the call, Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II expressed appreciation to His Excellency for his active contribution in enhancing bilateral cooperation and relations between Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan. Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II also expressed pleasure over the successful conduct of the 6th Joint Defence Working Committee meeting between the Islamic Republic of Pakistan and Brunei Darussalam that was held on 24 October 2023 in Rawalpindi, Islamic Republic of Pakistan. On bilateral defence cooperation, both countries share a cordial defence relationship which has been significantly enhanced since the signing of Memorandum of Understanding in Defence Cooperation on 19 May 2004, which established the Joint Defence Working Committee (JDWC).
Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan established diplomatic relations on 9 February 1984 and this year marks the 40th anniversary of diplomatic relations between both countries, and the 20th anniversary in defence cooperation.
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
JABATAN PERDANA MENTERI, Selasa, 23 Januari 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam pada pagi ini.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama di atas sumbangan aktif beliau dalam meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga turut melahirkan perasaan gembira di atas berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama kali ke-6 di antara Republik Islam Pakistan dan Negara Brunei Darussalam pada 24 Oktober 2023 di Rawalpindi, Republik Islam Pakistan. Dari segi kerjasama pertahanan, kedua-dua buah negara berkongsi hubungan pertahanan yang mesra, dan telah dipertingkatkan lagi dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) dalam kerjasama pertahanan pada 19 Mei 2004, yang mana telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB).
Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan menjalinkan hubungan diplomatik pada 9 Februari 1984 dan tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara kedua buah negara dan ulang tahun kali yang ke-20 dalam kerjasama pertahanan.