BOLKIAH GARRISON, Thursday, 20 April 2023 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II extended Hari Raya Aidilfitri greetings to Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers and personnel serving overseas via virtual conference held at Joint Force Headquarters, RBAF (JFHQ RBAF) today. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF and Acting Permanent Secretary, and Joint Force Commander RBAF.

The virtual conference began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT) and followed by an opening speech by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander RBAF. The virtual conference then proceeded with a sharing session with representatives from Defence Attachés and Defence Advisors as well as the RBAF Contingent from Malaysian Battalion 850-10 United Nations Interim Force in Lebanon (MALBATT 850-10 UNIFIL), and the Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team 4 (IDB VMAT 4/2022) in Mindanao, Republic of the Philippines.

In addition to emphasising the significance of spiritual values, Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II reminded all personnel serving overseas of the need to perform their duties with utmost responsibility and discipline, and to always validate the Malay Islamic Monarchy (MIB) concept in their daily lives, in order to preserve the honour of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Brunei Darussalam abroad. This includes exercising patience in the face of challenges and encouraging everyone to read the Quran as a means of relying on and praying to Allah Subhanahu wa Ta’ala for help, especially to uphold His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam titah during the National Nuzul Al-Quran Council in 1444H/2023M recently.

Before concluding the session, Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II also wished an Happiest Hari Raya Aidilfitri to RBAF officers and personnel serving duty abroad and pray that all worship, charity and good deeds throughout the holy month of Ramadhan will be accepted by Allah Subhanahu wa Ta’ala.





 


 



MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II MENYAMPAIKAN
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MELALUI PERSIDANGAN SECARA MAYA KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA YANG BERTUGAS DI LUAR NEGARA

 BOLKIAH GARISON, Khamis, 20 April 2023 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II hari ini telah menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bertugas di luar negara melalui persidangan secara maya yang diadakan di Markas Angkatan Bersama ABDB (MAB ABDB). Turut hadir semasa persidangan tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Yang Mulia Pemangku Setiausaha Tetap dan Pemerintah AB ABDB.

Persidangan secara maya tersebut dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim,TLDB, Pengarah Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) dan diikuti dengan kata alu-aluan dari Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah AB ABDB. Persidangan tersebut diteruskan dengan sesi perkongsian bersama wakil-wakil Atase dan Penasihat Pertahanan, Kontinjen ABDB dari Batalion Malaysia 850-10 Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), dan Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team 4 (IDB VMAT 4/2022) di Mindanao, Republik Filipina.

Di samping menekankan kepentingan menjaga nilai kerohanian, Yang Berhormat Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga mengingatkan semua anggota yang berkhidmat di luar negara tentang keperluan untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan disiplin, serta mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dalam kehidupan seharian mereka, demi memelihara nama baik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Negara Brunei Darussalam di luar negara. Ini termasuk untuk sentiasa bersikap sabar dalam mengharungi cabaran dan menggalakkan semua anggota untuk membaca Al-Quran sebagai usaha bertawakkal serta memohon pertolongan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala khususnya mendokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Nuzul Al-Quran Kebangsaan Tahun 1444H/2023M yang lalu.

Sebelum mengakhiri sesi tersebut, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga Kementerian Pertahanan dan ABDB berserta keluarga dan tidak lupa mendoakan agar segala amalan ibadah, amal kebajikan dan kebaikan di bulan suci Ramadhan akan diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.​