BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 8 October 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to participate in the Recreational Cycling Expedition ‘Riadah Berbasikal Kayuhan Jubli Emas’ in the capital this morning.

The cycling event was held to further enliven the Golden Jubilee Celebration of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s Accession to the Throne. It also encourages a healthy and active lifestyle for all.

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was joined by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and other members of the Royal family.

Personnel from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), led by the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, also participated in the recreational activity along with other ministries.

Also taking part were the Commander of the RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Permanent Secretary of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries and senior officers and staff from the Ministry of Defence and RBAF.

The ‘Riadah Berbasikal Kayuhan Jubli Emas’ event, that was co-organised by several ministries and the Brunei Darussalam Cycling Federation, covered a distance of 11.5 kilometre around Bandar Seri Begawan.  


A

T

O

KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI RIADAH BERBASIKAL KAYUHAN JUBLI EMAS

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Oktober 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara Riadah Berbasikal Kayuhan Jubli Emas di ibu negara pada pagi ini.

Riadah Berbasikal Kayuhan Jubli Emas adalah bagi menyemarakkan lagi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Ia juga menekankan kepentingan penglibatan masyarakat secara menyeluruh yang menjurus ke arah kehidupan bergerak aktif dan sihat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam disertai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan ahli-ahli Kerabat Diraja.

Anggota Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, juga menyertai acara riadah berbasikal bersama kementerian-kementerian lain.

Juga turut serta ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan daripada Kementerian Pertahanan and ABDB.

Riadah Berbasikal Kayuhan Jubli Emas, yang merupakan anjuran beberapa Kementerian-Kementerian dan juga Persekutuan Basikal Brunei Darussalam, merentasi dan mengeliling Bandar Seri Begawan sejauh 11.5-kilometer.