BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 18 July 2018 – Work in paving the way for a healthier Brunei Darussalam has been ongoing in multiple fronts, and the Ministry of Defence is not an exception to joining nationwide efforts in promoting a healthy and active lifestyle amongst Bruneians.


Against this backdrop, the Ministry of Defence aims to create a conducive environment by introducing a weekly bicycling activity as an alternative option for all personnel of the Ministry and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) to exercise collectively. 




Today, MINDEF went back into doing such activities, in which the Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof led a team, comprising of the Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Permanent Secretary of Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Deputy Permanent Secretary (Technology and Development), civilian directors, officers and staff from Yang Berhormat Pehin’s office, to cycle around the vicinity of Bolkiah Garrison. Cycling has become one of the popular sports and also has been termed as a national hobby among Bruneians.




Setting forth from the RBAF Museum in Bolkiah Garrison, the cycling team pedalled a total of 14km through the streets covering Kampong Menglait, Jalan Kumbang Pasang and Jalan Berakas, stopping at a half-way point in Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop before heading back to Bolkiah Garrison. To bless the activity, pre-travel do’a was recited before setting off by Lieutenant Commander Md Shamun Azimin bin Awg Asli, RBN. 




This intra-ministry cycling expedition supplements the national Bandarku Ceria Programme, comprising of various recreational outdoor activities in which all individuals and families can participate in every Sunday of the week. 




KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT




BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Julai 2018 – Usaha-usaha dari pelbagai segi dalam memupuk negara yang sihat sedang berterusan, dan Kementerian Pertahanan tidak terkecuali bagi menyertai usaha seluruh negara dalam mempromosikan gaya hidup yang sihat dan aktif di kalangan rakyat Negara Brunei Darussalam. 




Justeru itu, Kementerian Pertahanan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif dengan memperkenalkan aktiviti mingguan berbasikal sebagai pilihan alternatif untuk bersukan bersama bagi semua warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). 




Pada hari ini, Kementerian Pertahanan meneruskan usaha bersukan giat, pada mana Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II telah mengetuai satu pasukan yang terdiri daripada Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), pengarah-pengarah awam, pegawai-pegawai and kakitangan di Pejabat Urusetia Menteri Pertahanan II, untuk berkayuh basikal mengelilingi kawasan persekitaran Bolkiah Garison. Aktiviti berbasikal telah menjadi salah satu sukan yang digemari dan juga dikenal sebagai hobi kebangsaan di kalangan penduduk Negara Brunei Darussalam. 




Bermula dari Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Bolkiah Garison, pasukan pengayuh basikal melintasi jalan-jalan utama sejauh 14km, melalui Kampong Menglait, Jalan Kumbang Pasang dan Jalan Berakas, lalu singgah sekejap di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop sebelum kembali ke Bolkiah Garison. Bagi memberkati kegiatan ini, do’a memulakan perjalanan telah dibacakan oleh Leftenan Komander Md Shamun Azimin bin Awg Asli, TLDB.




Ekspedisi berbasikal kementerian ini menyumbang ke arah pembentukan budaya sukan, seperti yang dipupuk oleh program nasional Bandarku Ceria yang terdiri daripada pelbagai aktiviti rekreasi di mana semua individu dan keluarga dapat menyertai setiap minggu pada hari Ahad.