
BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 18 November 2018 – In conjunction with the 25th Public Service Day Celebration 2018, several hundred people gathered at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in the capital this morning to take part in the
Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam 2018 – a charity running and cycling event.
The event was open to all civil servants as well as the public to participate in a 4 kilometres Fun Run and a 10 kilometres cycling event that began from the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, trailing through major roads in the capital and back to Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
The event also showcased a morning
Masjidku Makmur programme at the Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Mosque with a mass Fajr prayer. A morning
Tazkirah titled ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubai’’ was delivered by Waajidun Ni’am Bin Haji Dollah, Health Education Officer from the Health Promotion Centre, Ministry of Health.
Joining the morning activities were the Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, the Permanent Secretaries at the Ministry of Defence, the Deputy Permanent Secretary, directors and staff of the Ministry of Defence.
The event was jointly organised by the Public Services Commission, Public Service Institute, Management Services Department, as well as Youth and Sports Department and aimed towards promoting a healthy and active lifestyle for all.



KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI RIADAH AMAL HARI PERKHIDMATAN AWAM 2018
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 18 November 2018 – Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-25 bagi tahun 2018, Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam 2018 diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dengan acara amal larian dan berbasikal.
Acara dibukakan kepada semua warga perkhidmatan awam serta orang awam bagi mengambil bahagian dalam acara larian sejauh empat kilometer (Fun Run) dan berbasikal sejauh 10 kilometer yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Acara dimulakan dengan Program Masjidku Makmur di Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dengan solat Fardhu Subuh berjemaah. Satu tazkirah yang bertajuk ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati’ disampaikan oleh Waajidun Ni’am bin Haji Dollah, Pegawai Pelajaran Kesihatan daripada Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.
Turut hadir bagi aktiviti-aktiviti pada pagi ini ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd. Yussof, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan.
Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam 2018 merupakan anjuran bersama Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, serta Jabatan Belia dan Sukan, untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif untuk semua.