
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 4 August 2020 – In conjunction with the Hari Raya Aidil Adha 1441 Hijrah celebration, the Ministry of Defence held a Korban and Aqiqah ceremony and distributed sacrificial meat comprising 9 buffaloes and 6 goats to the asnaf group comprising of 50 people living in the vicinity of the Bolkiah Garrison area, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel and civilian staffs of the Ministry of Defence this morning.
The Ministry of Defence and RBAF also home delivered sacrificial meat to orphans from the Ministry, RBAF and other asnaf group living in the vicinity of the Bolkiah Garrison area.
Present to distribute the meat were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence; Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the Acting Commander of RBAF; Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, the Permanent Secretary of the Ministry of Defence and four participants of the korban consisting of two RBAF personnel and two civilian Ministry of Defence personnel.
Similar Korban and Aqiqah events were held throughout the RBAF military camps and garrisons today involving a total of 34 buffaloes and 16 goats altogether.
The ceremony was conducted in accordance to the guidelines given by the Ministry of Health and the Ministry of Religious Affairs to control the spread of COVID-19.



MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1441 HIJRAH KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Selasa, 4 Ogos 2020 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan majlis Korban dan Aqiqah serta mengagihkan daging-daging korban sebanyak 9 ekor kerbau dan 7 ekor kambing.
Kementerian Pertahananan dan ABDB juga telah menghantar daging-daging korban ke rumah anak-anak yatim Kementerian Pertahanan dan ABDB serta golongan asnaf yang tinggal berhampiran dengan kawasan Bolkiah Garison.
Hadir bagi mengagihkan daging korban ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Brigedier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemangku Pemerintah ABDB; Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan serta empat peserta korban yang terdiri dari dua anggota ABDB dan dua kakitangan Kementerian Pertahanan awam.
Acara korban dan aqiqah yang sama juga telah dilaksanakan di semua perkhemahan dan garison ABDB melibatkan 34 ekor kerbau dan 16 ekor kambing secara keseluruhan.
Majlis telah dilaksanakan mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengawal penyebaran COVID-19.