BANDAR SERI BEGAWAN, Monday 11 May 2015 – A tahlil ceremony for Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman was held by the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in conjunction with RBAF 54th Anniversary.

The ceremony was held at the Royal Mausoleum.

Among those present at the ceremony were Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat and RBAF Commander Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah,

Also present were Deputy Permanent Secretary, Deputy Commander of RBAF, Services Commanders, Commandants, Military and Civilian Directors, Officers, military personnel and civilians of Ministry of Defence.

Reading of the Surah Yassin,tahlil and doa was led by Captain Ariffin bin Amit, Assistant Head of RBAF Religious Department (JA’MAAT).


MAJLIS TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HUT ABDB KE 54

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 11 Mei 2015 -  Sempena Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke 54 Tahun,  Kementerian Pertahanan dan ABDB mengadakan majlis tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman.

Majlis diadakan di Kubah Makam Diraja.

Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah-pemerintah Tentera, Komandan-komandan, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan. 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin, tahlil dan doa dipimpin oleh Kapten Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT).