BOLKIAH GARISSON, Friday, 3 June 2016 – Ministry of Defence through the Directorate of Administration and Manpower has organized a pre-Ramadhan talk entitled ‘Tidak Ada Penyesalan di Ramadhanku Kali Ini’ to welcome the holy month of Ramadhan.
The talk was held at the Ministry of Defence Surau in Bolkiah Garrison.
The audience then heard a talk delivered by Ustaz Awang Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Assistant Professor Faculty of Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam.
The purpose of this talk is to increase the need to provide guidance and awareness of Ramadhan for the muslim military officers and personnel of the ministry, not only when Ramadhan begins, but to make early preparations so that later upon entering Ramadhan, they already have high awareness and understanding on how to reap further benefits of Ramadhan, correct their intention and life purpose for the better so that they can focus on their ‘ibadah’ or worship to its optimum during the holy month. The talk also touched on the blessings of Ramadhan other than improving deeds like holding prayers and reading the Quran, the most important is give happiness to both parents and gain blessings and rewards from it.
The talk was attended by the Defence Executive Committee, Directors, officers, civilian staffs and members of the Royal Brunei Armed Forces under the Directorates and Unit under the Ministry of Defence.

KEMENTERIAN PERTAHANAN ADAKAN CERAMAH MENJELANG RAMADHAN
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 3 Jun 2016 – Kementerian Pertahanan
melalui Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia telah menganjurkan
sebuah ceramah bertajuk: ‘Tidak Ada Penyesalan di Ramadhanku Kali Ini’
bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak.
Majlis diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Ceramah
telah disampaikan oleh Ustaz Awang Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang
Damit, Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan
Sharif Ali (UNISSA), Negara Brunei Darussalam.
Tujuan ceramah ini adalah untuk meningkatkan keperluan untuk memberi panduan dan kesedaran Ramadhan kepada pegawai dan kakitangan Tentera dan Awam yang berugama Islam di Kementerian ini, bukan hanya menjelang Ramadhan tetapi dilakukan seawal mungkin agar nantinya ketika masuk pada bulan Ramadhan mereka sudah faham bagaimana mengisi Ramadhan dengan kesedaran dan kefahaman yang tinggi, membetulkan niat dan azam diri ke arah yang lebih baik sehingga mereka dapat memberi tumpuan kepada ibadah di bulan Ramadhan ini seoptimum mungkin.
Ceramah ini juga menyentuh keberkatan bulan Ramadhan selain daripada meningkatkan amal ibadah seperti memperbanyakkan solat sunat dan membaca Al-Quran, dan yang paling utama ialah mengembirakan hati kedua ibu bapa bagi meraih rahmat dan ganjaran daripadanya.
Hadir di majlis tersebut ialah Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah, pegawai-pegawai, kakitangan awam dan anggota ABDB dari Kementerian Pertahanan.