BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 22 February 2018 – The civilian and military officers and personnel of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) took part in a final full-dress rehearsal ahead of the 34th National Day Celebration at the Taman Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien today.

A total of 150 from the Ministry of Defence will participate in the march-past and on-field performances. Meanwhile 1,134 RBAF personnel will join the march-past, while 208 personnel are involved in the grand parade.

This year, 138 teams involving 23,000 participants have registered for the march-past, which is divided into the following clusters: National Security, Bestari Community, Civil Service, Socio-Economy, Post-Secondary Education, Secondary Education, Private Education, Mosque Takmir Groups, Professional Organisations, Youth Movements, Women’s Associations, General Associations, General Public, and Outstanding Teams.

Brunei Darussalam will hold its 34th National Day Celebration on 24 February 2018, at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in the capital, with the theme ‘Accomplishing the National Vision’ (Menjayakan Wawasan Negara).















PASUKAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB DI LATIHAN PENUH SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE-34


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Februari 2018 – Pegawai-pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengambil bahagian dalam latihan akhir penuh sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-34 Tahun di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien hari ini.

Pasukan Kementerian Pertahanan akan melibatkan seramai 150 peserta di dalam upacara perbarisan dan persembahan padang. Manakala ABDB disertai oleh seramai 1,134 orang anggota dalam acara perbarisan dan 208 orang anggota dalam Kawalan Kehormatan.

Untuk sambutan tahun ini, 138 buah pasukan yang melibatkan 23,000 peserta akan menyertai acara perbarisan lalu yang mana telah dibahagikan kepada kluster-kluster iaitu Keselamatan Negara, Masyarakat Bestari, Perkhidmatan Awam, Sosio-Ekonomi, Pendidikan Pasca Menengah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Swasta, Takmir Masjid, Persatuan Profesional, Pergerakan Belia, Pergerakan Wanita, Persatuan Umum, Masyarakat Umum, serta Pasukan Cemerlang.

Negara Brunei Darussalam akan merayakan Sambutan Hari Kebangsaan ke-34 pada 24 Februari 2018 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara, dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’.